Semak Kemasukan ke IPTA Bagi Lepasan STPM Ambilan Ke-2

on Saturday, August 11, 2012

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) matrikulasi dan asasi bagi sesi akademik 2012/2013 untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal boleh diketahui pada 10 Ogos 2012.

Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan boleh menyemak keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari. Semakan boleh dibuat menerusi tiga saluran utama iaitu;
  1. Laman sesawang http://upu.mohe.gov.my., http://www.jpt.utm.my, http://jpt. uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.;
  2. Talian bantuan hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766; dan
  3. Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh dibuat dengan cara menaip; UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Sebagai makluman, calon yang terpilih ini merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas. Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon.

Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved