Tarikh lihat anak bulan syawal

on Wednesday, September 01, 2010

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 September ini. Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.

Sebanyak 30 lokasi telah ditetapkan di seluruh negara, iaitu:

  • Pontian Kecil (Johor);
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka);
  • Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan);
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); 
  • Pulau Angsa (Selangor); 
  • Bukit Jugra (Selangor)
  • Pantai Pasir Panjang (Perak);
  • Pantai Aceh (Pulau Pinang);
  • Kampung Pulau Sayak (Kedah);
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); 
  • Menara Alor Setar (Kedah).
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); 
  • Bukit Kemuning (Terengganu); 
  • Pulau Perhentian (Terengganu);
  • Balai Cerap KUSZA, 
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); 
  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); 
  • Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
  • Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
  • Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), 
  • Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
  • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, (Sabah);
  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); 
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); 
  • Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang).
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
  • Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya;
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)

Sumber: Bernama
Ranking: 5

{ 1 Respon... read them below or add one }

Syafiq Kadiran said...

adeh..kene gi PD lak kalo nak tgk...adoi~~


9/01/2010 11:16 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved