Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan bertunang

on Tuesday, August 31, 2010

Walaupun perbicaraan kes khalwat mereka di mahkamah belum selesai, pasangan pelakon popular, Mohd Nor Hakim Zaidon (Norman Hakim), 34, dan pelakon Suhaiza Suhaimi (Memey), 22, mengambil keputusan mengakhiri spekulasi hubungan mereka sebelum ini banyak berteka-teki dengan ikatan pertunangan.

Ketika dihubungi Memey dalam nada ceria berkata, keluarga kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu pada hari raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Merpati dua sejoli ini saling mengenali lebih dua tahun lalu dan khabarnya cinta mula berputik ketika berlakon bersama dalam drama Pasrah.

“Minggu lalu saya dan Norman balik ke kampung saya dan keluarga mula berbincang mengadakan majlis pertunangan itu. Ikutkan hati saya tak mahu bertunang kerana kami saling memahami dan mengenali hati budi tapi abang (Norman) mahu saya merasai proses dari mula iaitu merisik, bertunang dan baru diijabkabulkan.

“Dia mahu saya melalui semua pengalaman itu. Pada majlis pertunangan itu nanti, baru keluarga kami akan berbincang jumlah hantaran dan tarikh kami akan disatukan. Insya-Allah majlis kenduri dan persandingan akan dilangsungkan awal tahun depan kerana tidak mahu bertunang lama-lama. Sekiranya semua okey, lebih baik disegerakan.

“Untuk majlis pertunangan ini, akan ada dulang hantaran. Berapa jumlahnya... juga dalam perbincangan. Saya akan bertanya kepada emak apa yang patut dibeli sebagai hantaran balas kepada abang.

“Saya sekarang masih sibuk di lokasi penggambaran telefilem, Osman Berani dan abang pun sedang berlakon telefilem Sabar. Terpaksalah kami mencuri masa untuk membeli barang hantaran. Urusan kenduri di kampung, saya serahkan kepada emak,” katanya.

Sebelum ini mereka pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga Norman Hakim dengan bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 32, namun segala khabar angin itu ternyata benar apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di premis perniagaan milik pelakon lelaki kacak itu di Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.

Menurut Memey, dia berdebar dan pelbagai perkara menerjah fikiran tetapi sudah bersedia bergelar isteri dan ibu kepada tiga anak Norman hasil perkahwinan bakal tunangnya yang terdahulu.

“Harap segala-galanya berjalan lancar dan dengan pertunangan ini semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan.

“Beza usia 12 tahun dan pengalaman hidupnya membuat abang lebih matang dan menjadi ketua keluarga yang baik serta dapat membimbing saya. Paling penting kami ada keserasian,” katanya.

Ternyata Syawal ini bermakna buat gadis jelita itu kerana hasratnya berkongsi hidup dengan jejaka dicintai dimakbulkan Allah. Pada hari berbahagia itu, Memey akan mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan rona putih menjadi pilihan.

Ribut di Kuantan

on Friday, August 27, 2010

Gambar ribut di Indra Sempurna
KUANTAN – Tiga belas buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan angin kencang serta hujan lebat yang melanda kawasan Perumahan Indra Sempurna di sini petang ini.

Empat daripada rumah itu mengalami kerosakan teruk apabila bahagian bumbungnya diterbangkan angin, dan ada antaranya yang ranap sama sekali apabila struktur binaannya patah, dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 petang itu.

Salah seorang pemilik rumah berkenaan Noor Asiah Osman, 37, berkata, kejadian berlaku semasa dia keluar ke kedai untuk membeli barang, dan dia hanya mendapat tahu mengenai keadaan rumahnya apabila mendapat panggilan telefon jiran.

"Ketika itu saya hanya teringatkan nasib empat orang anak yang berada dalam rumah, apabila sampai di rumah saya bersyukur melihat mereka selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohamad Omar, 52, pula berkata, ketika kejadian dia bersama anggota keluarganya sedang menonton televisyen, apabila tiba-tiba mereka terdengar bunyi kuat di bahagian atas rumah.

Katanya, dia melihat sendiri bumbung rumahnya diterbangkan angin ketika itu, dan menurutnya kejadian itu juga mengakibatkan beberapa barangan elektrik di rumahnya rosak terkena air hujan.

Tinjauan mendapati ada beberapa pokok kecil tumbang dan bumbung rumah bersepah di kawasan perumahan itu, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan. – Bernama

Sumber: kosmo online

Program Menarik Menjelang Detik Merdeka

Pada tahu ini, rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan serentak dengan bulan Ramadan. Namun, itu bukannya alasan untuk kita sebagai rakyat Malaysia melupai perjuangan generasi terdahulu yang membolehkan kita hidup dalam keadaan damai dan tenteram.

Sehubungan dengan bulan kemerdekaan, tidak lengkap jika stesen televisyen tidak menyajikan program-program menarik yang turut menyelitkan unsur patriotik.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kemerdekaan Malaysia yang ke-53 pada 31 Ogos ini akan dimeriahkan dengan pelbagai program yang berkaitan dengan kemerdekaan.

RTM

Sempena hari merdeka, TV1 turut menyiarkan 12 program menarik antaranya telefilem, Kesatria Bumi Semantan (28 Ogos pukul 3.05 petang), Manggah Runggah (29 Ogos pukul 3.05 petang) dan Tanah Ini Tanah Merdeka (31 Ogos pukul 2.05 petang).

Program majalah dokumentari pula iaitu Orang Asli Terbilang disiarkan setiap Rabu pukul 12.05 tengah hari, Garis Waktu setiap Isnin pukul 12.05 tengah hari, Dari Tawau ke Simpang Mengayau setiap Rabu pukul 4.05 petang dan Mercu Merdeka setiap Khamis pukul 3.30 petang.

Khas buat penonton, filem menarik seperti Hati Malaya disiarkan di TV2 pada 29 Ogos pukul 9.30 malam, Sarjan Hassan disiarkan pada 30 Ogos pukul 9.30 malam serta filem antarabangsa, Queen of Swallows pada 31 Ogos pukul 8.30 pagi.

Tiga telefilem tentang perjuangan dan penghijrahan turut ditayangkan di TV2 iaitu Kasih Merdeka pada 30 Ogos pukul 1.30 petang dan pada 31 Ogos penonton dihidangkan dengan telemovie berjudul Hijrah pukul 10 pagi dan Jasa Cikgu Mamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Ntv7

Stesen televisyen Ntv7 juga menampilkan beberapa buah program khas sempena kemerdekaan.

1- e7 - Istimewa Merdeka yang bakal bersiaran pada Sabtu (28 Ogos) pukul 4.30 petang.

Sertai Nicholas yang akan menemuramah secara langsung barisan artis tempatan dan antarabangsa. Program e7 Istimewa Merdeka akan memaparkan aksi pengacara menjelajah sekitar kota bagi mendapatkan pandangan rakyat mengenai merdeka dan negara tercinta.

2- Feel Good Feel Cook (Edisi Merdeka) - Ahad (29 Ogos), pukul 7 malam

Bergelak ketawa bersama pengacara, Alvin Wong dan Roby dalam program realiti masakan berdurasi sejam. Edisi istimewa merdeka ini akan menyaksikan telatah duo ini dalam menyediakan masakan bersama ahli politik ternama Dato Wee Kah Siong sebagai tetamu undangan.

3- The Breakfast Show (Edisi Merdeka Secara Langsung), Isnin dan Selasa (30 & 31 Ogos), pukul 8.30 pagi.

Bersama Naz dan Daphne Iking serta pengacara baru, Hansen, dalam The Breakfasr Show sementara mereka memaparkan klip imbasan istimewa sepanjang 53 tahun kemerdekaan, barisan tetamu undangan istimewa di studio untuk meraikan tanggal kemerdekaan, sorotan penting dan hadiah istimewa

Saluran MySTORY

Astro pula sanggup mewujudkan saluran baru yang dinamakan MySTORY (saluran 318). Ia akan mula disiarkan dari 30 Ogos hingga 16 September dengan mempelawa pelanggan Astro menghantar video ucapan untuk disiarkan dalam saluran MySTORY.

Kewujudan saluran MySTORY secara percuma itu bertujuan meraikan semangat 1Malaysia. Rakyat pelbagai kaum dijemput untuk berkongsi cerita kisah 1Malaysia tidak kira dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin, Iban, Kadazan dan bahasa lain.

Kisah yang ingin dikongsikan perlu dihantar dalam format video dengan tempoh masa tidak melebihi lima minit, sebelum tarikh tutup pada 8 Ogos lalu.

Dedikasi dan ucapan itu perlulah berkaitan dengan semangat 1Malaysia. Ucapan terbaik akan disiarkan berulang kali di saluran itu serta saluran lain. Hanya keikhlasan yang diperlukan kerana pihak Astro tidak menyediakan hadiah buat pembikin video terbaik.

Aida Khalida dan Joe Radzwill Disahkan Bercerai

on Thursday, August 26, 2010


Pasangan artis, Aida Khalida atau dulu dikenali sebagai Aida Rahim dan Aida Radzwill disahkan bercerai talak 1 dengan suaminya Joe Radzwill. Begitulah seperti yang dilaporkan akhbar hari ni. Perceraian tu dipersetujui bersama antara Aida Khalida dan Joe Radzwill di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya lebih kurang pukul 10.05 sebentar tadi (Khamis).

Kalau diingat semula kisah perjalanan hidup pasangan tu, berita perceraian mereka bukanlah suatu yang mengejutkan sebab sebelum ni pun berita pernah melaporkan yang pasangan tu (Aida Khalida & Joe Radzwill) masih tinggal serumah tapi tidur berasingan. dalam masa yang sama Aida pernah hadir ke mahkamah untuk menuntut cerai daripada suaminya Joe Radzwill pada 27 April 2010 lepas.

Apapun, semoga keputusan itu tidak menjejaskan kehidupan kedua-duanya.

Sumber: mStar

Cantiknya Lisa Surihani Bertudung

Selama ni nampak Lisa Surihani dengan rambutnya sekali, memang cantik. Tapi kali rambut dah tak nampak dah. Yang nampak cuma muka Lisa Surihani dan tudung putih.  Dan Lisa memakai tudung lagi nampak cantik, terserlah keayuannya.. hehe

Sebenarnya bukanlah nak cerita pasal Lisa Surihani dah bertudung. Ni cerita Lisa kononnya agak sukar untuk membawa watak dalam sebuah filem adaptasi novel berbanding filem-filem biasa.

Kata Lisa, filem yang diadaptasi dari novel biasanya sudah diketahui jalan ceritanya kerana orang sudah membaca novel berkenaan lebih awal sebelum di filemkan. Ia menyebabkan keterujaan orang ramai untuk menonton filem selepas membaca novel menjadi lebih kuat sehingga ada yang memberi pelbagai persepsi.
"Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak terutamanya peminat dan pengikut-pengikut novel kerana imaginasi mereka tiada batasan.

"Kalau kita lihat filem-filem luar seperti Harry Potter yang difilemkan dari sebuah novel pun ada yang kurang berpuas hati. Memang baca novel lebih sedap sebab kita boleh membayangkannya wataknya mengikut akal kita," jelasnya yang sedang dalam penggambaran filem adaptasi novel berjudul Ombak Rindu.

Bagaimanapun, menurut Lisa, dia sudah menjalankan tugasnya sebaik mungkin mengikut skrip yang diberikan, namun berserah kepada penonton untuk menilainya.

"Saya yakin pasti mereka akan buat perbandingan antara novel dan filem, tapi sejujurnya saya sudah bersedia menerima kritikan orang yang tidak berpuas hati dengan filem itu.

"Filem Lagenda Budak setan ada juga yang kritik begitu, tapi kita tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.

Jelas Lisa, dia memegang watak pembantu iaitu rakan baik kepada Izzah yang dilakonkan oleh Maya Karin. Biarpun sekadar pembantu, dia tetap menganggap watak tersebut dapat menghidupkan jalan cerita filem tersebut.

"Kita tidak boleh pandang sambil lewa watak pembantu sebab watak pembantu juga penting untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah filem atau drama," katanya.

Dalam pada itu, Lisa yang merupakan antara artis yang sedang berada dikemuncak kerjayanya mengakui akan terus bersaing selagi ada permintaan untuk dia berlakon.

"Saya akan terus berlakon dalam filem dan drama selagi permintaan untuk saya ada. Memang sekarang rezeki saya tengah banyak tapi saya tahu ini masa saya untuk bekerja sebaik mungkin.

"Saya tahu ramai lagi pelakon-pelakon baru yang mula naik dan menjadi pesaing. Industri hiburan ini sukar untuk dijangka kadang kita diatas dan tiba masanya di bawah," jelasnya.Sumber: mStar

Zhana Antara Calon Pasangan Ikhwan (Hot FM)

on Wednesday, August 25, 2010

Pertama kali mendengar ayat Ikhwan dan dotdotdot yang selalu diperkatakan oleh penyampai-penyampai HotFM, saya pun tak faham sangat. Ingatkan yang tu adalah tajuk filem. Setelah mendengar beberapa kali, barulah saya faham maksudnya. Rupanya Hot FM sedang mencari pasangan serasi penyampai Ikhwan yang akan mengendalikan slot Hot FM Zon pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Jadi setelah beberapa lama berlalu, kini tinggal lagi sebulan, pendengar setia Hot FM bakal mengetahui siapakah yang akan menjadi pasangan Ikhwan.

Setakat ini, stesen radio popular itu telah menyenaraikan enam finalis Ikhwan antaranya bekas penyampai Suria FM, Zhana. Sementara nama-nama yang lain termasuklah Deen, Miem, Ryna, Shah dan Chad.


Mereka perlu melalui cabaran untuk ke udara dengan Ikhwan sebanyak dua kali selama dua minggu seorang demi seorang menerusi Hot FM Zon.

Dari segi pemarkahan, pihak pengurusan radio itu akan mengadili mereka sebanyak 70 peratus manakala pendengar juga diberi peluang untuk mengundi sebanyak 30 peratus.

Caranya, mereka hanya perlu melayari laman web Facebook dan mencari nama setiap finalis, misalnya Zhana Hot FM atau Deen Hot FM dan klik Like jika merasakan individu itu layak untuk bergelar pasangan Ikhwan.

Pada 20 September ini, pendengar akan mengetahui tiga calon penyampai yang layak mara ke pusingan seterusnya.

Mereka akan diberikan peluang terakhir untuk ke udara bersama-sama Ikhwan sebelum keputusan diumumkan pada 24 September.

Duit Raya RM500 untuk Kakitangan Awam dan Pesara

Pemberian "Duit Raya" atau Bantuan Khas Kewangan sempena Aidil Fitri 2010 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ni merupakan pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan kakitangan awam di negara ni.

Duit Raya sebanyak RM500 akan diberikan kepada lebih 1.24 juta kakitangan awam gred 1 - 54 dan 590,000 pesara kerajaan. Pembayaran akan dibuat sebelum menjelangnya hari raya pertama (1 Syawal) nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sumber: Berita Harian

Bekas Guru Rogol dan Liwat Pelajar 11 Tahun

on Tuesday, August 24, 2010

Lagi kes yang melibatkan rogol gadis bawah umur. Kali ni melibatkan seorang bekas guru di Sabah pula.

KOTA KINABALU – Seorang bekas guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas lima pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang pelajar perempuan warga Singapura berusia 11 tahun di sebuah sekolah rendah swasta di sini.

Adrian Simon, 31, yang diwakili peguam Hairul V. Othman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes.

Adrian didakwa merogol bekas pelajar itu sebanyak tiga kali dalam makmal sains di sekolah berkenaan antara 10 Februari dan 7 April lepas, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.

Dia juga didakwa memaksa pelajar perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya antara 10 Februari dan 20 Februari lepas, serta meliwat mangsa antara bulan Februari dan April, di tempat sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Sumber: Kosmo

p/s: Tertuduh dianggap tidak bersalah selagi hukuman belum diputuskan.

Gadis 12 Tahun Kemaruk Melakukan Seks

on Monday, August 23, 2010

Sedang menjelajah berita online tengahari tadi, terbaca pula berita di Harian Metro Online berkenaan seorang gadis yang baru berusia 12 tahun, tapi sudah kemaruk melakukan seks. Berikut petikan berita tersebut.

Kulim: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya. Berita lanjut

Entah apa punca gadis sunti seusia begitu sudah kemaruk dengan perlakuan seks/zina. Sama ada disebabkan desakan daripada lelaki terbabit ataupun atas kehendaknya sendiri. Bagaimanapun, satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun. Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Penari Lucah Ditahan kerana Positif Dadah

Tiga wanita beragama Islam ditahan ketika sedang menari separuh bogel di sebuah kelab malam di Serdang, awal pagi semalam.

Mereka antara lima wanita yang ditahan polis ketika serbuan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang jam 1.45 pagi di sebuah pub di Bukit Puchong Jaya, di sini kerana positif dadah bersama empat lagi lelaki.

Ketika serbuan, wanita terbabit didapati sedang khayal kerana meneguk arak dan mengambil pil khayal dipercayai Eramin 5.

Premis hiburan itu didapati menjalankan perniagaan melebihi masa selain menawarkan tarian lucah kepada pengunjungnya selepas tengah malam.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, premis itu menjadi pilihan orang ramai berikutan persembahan tarian lucah yang disediakan.

“Ketika serbuan, 50 pengunjung termasuk pelayan pelanggan (GRO) berada di premis berkenaan termasuk beberapa orang yang sedang membuat persembahan pada besi tiang di atas pentas yang disediakan.

“Polis tidak menolak kemungkinan mereka sedang khayal dengan mengambil pil khayal ketika beraksi ghairah di atas pentas,” katanya.

Mereka semua dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Khamis lalu, 22 lelaki yang sedang leka berjudi diberkas polis di dua premis judi Internet berasingan di Pusat Perniagaan Seri Kembangan, dekat sini.

Lebih memalukan, ketika pemeriksaan dilakukan semua lelaki berusia 30-an itu didapati tidak berpuasa apabila ditemui makanan serta minuman di atas meja komputer mereka. Mereka pada mulanya mendakwa berpuasa tetapi selepas disiasat terpaksa mengakui sebaliknya.

Sumber: Harian Metro

Leptospirosis: Remaja Lelaki Mangsa Kedua di Kedah

Ingatkan dah reda cerita leptospirosis atau jangkitan kencing tikus ni, rupanya ada lagi. Kes terkini, seorang remaja lelaki merupakan mangsa kedua di Kedah tahun ini. 

Kalau menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Marzukhi Md Isa, remaja berkenaan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah semalam setelah dipercayai mandi di kawasan rekreasi Puncak Janing, Kuala Nerang, pada 16 Julai lalu.

"Dia mandi bersama empat rakannya di kawasan rekreasi itu, tetapi rakan-rakannya tidak menunjukkan simptom penyakit itu," katanya.

Beliau berkata, walaupun empat lagi rakan remaja itu sihat, tetapi mereka diberi rawatan berterusan kerana penyakit itu boleh dikesan paling awal selepas tiga hari dan paling lambat selepas 15 hari terdedah dengan bakteria berkenaan.

Katanya, selain Puncak Janing, dua lagi kawasan rekreasi di Kedah iaitu Lata Bayu di Baling dan Bukit Wang di Jitra masih ditutup kepada orang ramai.

"Saya menerima laporan masih ada orang yang mengunjungi Puncak Janing walaupun kawasan itu ditutup kepada orang ramai, jadi saya nasihatkan supaya mereka tidak mengunjungi kawasan itu lagi," katanya.

Kematian pertama disebabkan wabak ini di Kedah adalah pada awal bulan ini apabila seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berusia 30-an meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, selepas berkelah di kawasan perkelahan Lata Bayu, Baling. 
 Sumber: Berita Harian

Penyebar HIV Seksi, Nadja Benaissa

Nadja Benaissa, ketua kumpulan band wanita terkenal di Jerman rupanya telah menyebarkan virus HIV. Hal itu berlaku kepada tiga orang lelaki selepas mereka meniduri Nadja Benaissa.

Akibatnya, Nadja dihadapkan ke mahkamah Darmstadt, Jerman. Menurut Nadja, dia mengaku masih melakukan hubungan seks dengan kesemua pasangannya itu walaupun dia mengetahui dirinya positif HIV. Perbuatannya itu merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang Jerman. Jika disabitkan kesalahan, dia bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam bulan hingga 10 tahun.
"Saya tidak sangka ia berlaku akibat kelalaian saya," ujar Nadja sewaktu dibicarakan atas dakwaan menyebarkan virus kurang daya tahan manusia (HIV) kepada tiga lelaki yang menidurinya.

Kes mahkamah Nadja, ibu kepada Laila Jamila, 11, bermula selepas bekas kekasihnya yang berusia 38 tahun membuat laporan polis. Akibatnya, Nadja ditahan semenjak April lalu. Polis menahan penyanyi seksi itu sejurus sebelum dia memulakan persembahan di sebuah kelab malam di Frankfurt.

Menurut pemuzik itu, dia kini menderita kerana menghidap HIV positif yang berjangkit melalui Nadja pada tahun 2004.

"Dia membunuh saya secara perlahan-lahan dengan perbuatannya itu," luah lelaki itu semasa disoal oleh peguam.

Meskipun mengetahui dirinya pembawa virus berbahaya itu semenjak tahun 1999, Nadja tidak memberitahu pasangannya.

Bagaimanapun, Nadja menafikan dia sengaja menyebarkan virus itu kepada orang lain termasuk dua lagi lelaki yang pernah menidurinya. Kata Nadja, dalam apa cara sekali pun, dia tidak mahu pasangannya dijangkiti. Sumber: Kosmo

Nadja turut memberitahu, dia baru menyedari caranya menangani penyakit itu selama ini adalah salah. Pada masa yang sama dia takut populariti No Angels akan jatuh merudum jika orang ramai mengetahui dirinya penghidap HIV.

"Doktor memberitahu saya bahawa risiko jangkitan secara teknikal adalah kosong," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguamnya dalam prosiding tersebut.

Nadja didiagnosis HIV positif pada usia 17 tahun ketika menjalani pemeriksaan rutin selepas disahkan mengandung.

Menurut pendakwa raya bandar Darmstadt, Ger Neuber, Nadja mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dengan tiga lelaki pada tahun 2004 dan 2006 walaupun dia mengetahui dirinya mempunyai virus pembunuh tersebut.

Pengajaran paling penting, kenali pasangan anda sebelum melakukan hubungan seks dan sebaik-baiknya lakukan dengan cara yang halal, melalui perkahwinan.

Roti John Menjadi Roti Jin

on Sunday, August 22, 2010

Pertama kali membaca berita ni, agak terkejut juga apabila terbaca kumpulan Jinabara menjual roti Jin. Ingatkan kenapa roti tu digelar roti 'Jin', rupanya roti tu adalah adaptasi daripada Roti John dan apabila ahli kumpulan Jinbara yang membuat dan menjualnya, maka Roti John bertukar nama kepada Roti Jin.

Roti John - Roti Jin
Selain daripada roti jin, mereka juga menjual Roti Bom. Itulah daya tarikan kumpulan rock Jinbara yang berniaga juadah berbuka puasa di AU5D, Taman Permata, Hulu Klang, laris bak goreng pisang panas setiap hari.

Tiga daripada lima anggota kumpulan popular menerusi lagu Patri dan Farhana itu berniaga di bulan mulia ini. Mereka adalah pemain bass, Akin, Cepot (gitar) dan Ahtan (dram). Jualan harian roti jin sinonim dengan kumpulan genre rock itu. Menu yang diadaptasi dari roti john itu paling popular di kalangan penduduk serta pengunjung sekitar Wang Maju, Melawati dan Keramat. Dijual pada harga RM3.50, menu dibuat menggunakan roti 12 inci bersama inti rendang ayam, sos cili dan telur. Selain itu, mereka turut menjual minuman menyegarkan seperti air teh bunga istimewa, cendol 'kaw' dan pekasam utara. Paling ketara, kehadiran pelanggan ke bazar Jinbara membuatkan setiap antara mereka tidak menang tangan menyediakan roti jin dan roti bom panas. Selain bazar Ramadan AU5D, dua bazar Ramadan inbara lain terdapat di Lembah Klang memulakan operasi serentak bermula jam 4 petang hingga 8 malam. Kata Akin atau Mohd Nizam Mohd Nor, 32, yang menyelia bazar Jinbara AU5D, dua bazar lain di Taman Sri Andalas, Klang dan Jalan Tunku Abdul Rahman dikendalikan Cepot dan Ahtan bersama rakan-rakan lain.

"Saya mengendalikan bazar AU5D bersama 10 pekerja. Menu di Klang tidak banyak berbeza dengan apa didapati di AU5D. Char kue tiaw dan seluar jeans pula dijual di Jalan Tunku Abdul Rahman. "Cepot bersama Ahtan bertanggungjawab mengendalikan bazar Jinbara di Klang. Kami terpaksa berpecah untuk memastikan kelancaran operasi perniagaan di dua lokasi lain berjalan lancar.

"Setiap bazar ada pembantu yang mahir dengan tugasan sendiri. Ada menebar roti, menguli tepung, membungkus minuman dan membakar roti. "Kami mewujudkan sistem kerja khas untuk melayan kerenah pelanggan yang tidak suka menunggu lama. Pada masa sama, penyediaan kualiti juadah terjamin berada pada tahap terbaik.

"Apapun, populariti roti jin tarikan utama ke sini. Kami menjual lebih 100 keping roti jin dan 1,000 roti bom sehari," katanya. Kata Akin, dua anggota lain, vokalis, Tia dan gitaris, Anjang menjalankan urusan masing-masing di tempat lain. "Sudah menjadi tradisi Jinbara menjalankan perniagaan yang sebati dalam diri. Kami tidak kekok kerana berpengalaman berniaga sendiri sebelum ini. "Kami tidak membuat persembahan pada Ramadan kerana kurang sesuai. Kami kumpulan rock dan bukan nasyid. Paling penting, kami ada resipi sendiri. Cara itu mendekatkan kami kepada lebih ramai pihak. "Saya suka melihat anak muda bekerja-keras serta berdikari memajukan diri tanpa mengharapkan simpati orang lain. Gerai Ramadan Jinbara dibuka setiap Ramadan sejak memulakan operasi 10 tahun lalu," katanya. Selain berkecimpung dalam muzik, nama Jinbara merangkumi perniagaan seperti ternakan ayam, kolam ikan dan chalet percutian dan motivasi di Kemensah.

Kes Terkini Pembuangan Bayi: Mayat Bayi Dibalut Kain

on Saturday, August 21, 2010

Berapa ramai lagi agaknya perempuan yang mengandungi secara haram di negara ini. Saban hari ada saja kes pembuangan bayi berlaku. Kes terkini, mayat bayi yang dibungkus dengan kain telah ditemui telah ditemui di Rembau oleh seorang pengawal keselamatan.

Berdasarkan laporan berita Kosmo Online 21 Ogos 2010, seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.
Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.

"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.

Mohon kepada mereka yang berdekatan atau yang mempunyai maklumat tentang kes berkenaan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.

Sama-samalah kita lebih perihatin supaya kes pembuangan bayi di negara ini dapat dibendung.

Rancangan Menarik RTM Sepanjang Bulan Ramadhan dan Merdeka

on Friday, August 20, 2010

SEPANJANG bulan Ogos dan September, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan banyak program menarik sempena bulan Ramadan dan juga merdeka yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Bertemakan 1Kenikmatan Sejuta Pengertian, sebanyak 73 program pelbagai genre bakal disiarkan di saluran TV1 dan TV2.

Menurut Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), Datuk Norhayati Ismail pada majlis pelancarannya di Wisma TV Angkasapuri baru-baru ini, sebanyak 42 program khas disiarkan menerusi TV1 manakala 11 program istimewa disiarkan di TV2.

"Kami telah membuat penelitian setiap program baru yang disiarkan sempena Ramadan dan bulan kemerdekaan sejak tahun 2008. Kebanyakan program yang disiarkan pada bulan ini menepati konsep yang ditetapkan sempena Ramadan dan bulan kemerdekaan," katanya.

Antara drama menarik yang disiarkan menerusi slot Nurani di TV1 setiap Jumaat pukul 10.05 pagi adalah Kasih Alam (20 Ogos), Utusan ke Jannah (27 Ogos) dan Tarikh Kematian (3 September).

Panggung 1 setiap Sabtu pukul 3.05 petang pula menyiarkan Lupakan Semalam (21 Ogos) dan Bunga Rampai Musim Tengkujuh (4 September).

Terdapat juga drama hebat seperti Pesona Rindu (21 Ogos), Azan (28 Ogos) dan Masihkah Ada Sinar (4 September).

Panggung Ahad pukul 10.05 pagi menyiarkan Rendang Madu (22 Ogos), Sembang Mambang (29 Ogos) dan Umami Ramadan (5 September).

Selain itu RTM tidak ketinggalan menyiarkan program masakan seperti Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly setiap hari pada pukul 12.31 tengah hari, Inspirasi Raya/Ilham Lebaran disiarkan setiap Jumaat pukul 10.05 pagi dan Ramadan Bersama Naida setiap Sabtu pukul 11.05 pagi.

Program dokumentari Islam, Syahadah musim keenam disiarkan setiap hari pukul 6.30 petang bermula 11 Ogos lepas membawa penonton menjelajah beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia, Indonesia, China, India dan Kemboja.

Program kesihatan, Sihat Ramadan disiarkan setiap Sabtu pukul 10.30 pagi, Deko Bajet Raya (Sabtu pukul 10.05 pagi), Nostalgia Ramadan (setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4.10 petang) manakala siri animasi The Noble Biography of A Prophet (setiap Jumaat hingga Ahad pukul 9.31) dan Ramadan Mat Jo (Isnin hingga Khamis pukul 9.30 pagi).

Stesen TV2 juga tidak ketinggalan menyiarkan pelbagai program menarik menerusi slot Citra yang bersiaran setiap Jumaat pukul 10 malam. Antaranya drama Midah Kuih Bangkit (27 Ogos), Syawal Terindah (3 September) dan Cermin Dua Muka yang disiarkan pada 4 September ini.

Drama bersiri yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis adalah Nurul Iman pukul 1.30 petang, Izinkan Abang Pergi pukul 2.30 petang dan Jalan Menuju Hidayah pukul 3 petang.

Bukan itu sahaja, turut disiarkan adalah program Gaya Pesona Lebaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 pagi dan program animasi kanak-kanak, Ibn Batutta setiap Ahad pukul 9 pagi.

Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia pula TV1 turut menyiarkan 12 program menarik antaranya telemovie, Kesatria Bumi Semantan (28 Ogos pukul 3.05 petang), Manggah Runggah (29 Ogos jam 3.05 petang) dan Tanah Ini Tanah Merdeka (31 Ogos jam 2.05 petang).

Drama bersiri 13 episod, Tanah di Baruh setiap Ahad pukul 10 malam dan Qalbu disiarkan pukul 3.05 petang sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Program majalah dokumentari pula iaitu Orang Asli Terbilang disiarkan setiap Rabu pukul 12.05 tengah hari, Garis Waktu setiap Isnin pukul 12.05 tengah hari, Dari Tawau ke Simpang Mengayau setiap Rabu jam 4.05 petang dan Mercu Merdeka setiap Khamis pukul 3.30 petang.

Khas buat penonton, filem menarik seperti Hati Malaya disiarkan di TV2 pada 29 Ogos pukul 9.30 malam, Sarjan Hassan disiarkan pada 30 Ogos pukul 9.30 malam serta filem antarabangsa, Queen of Swallows pada 31 Ogos pukul 8.30 pagi. Turut serta pada 31 Ogos adalah filem animasi, Monster Inc yang disiarkan pada pukul 2.30 petang dan The Transpoter pukul 11 malam.

Tiga telemovie tentang perjuangan dan penghijrahan turut ditayangkan di TV2 iaitu Kasih Merdeka pada 30 Ogos pukul 1.30 petang dan pada 31 Ogos penonton dihidangkan dengan telemovie berjudul Hijrah pukul 10 pagi dan Jasa Cikgu Mamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Sumber: Kosmo Online

Roslin Hashim Bercerai Gara-gara Raja Azmi?

on Thursday, August 19, 2010

Akhbar mStar online hari ini ada menyebutkan bahawa punca utama Roslin Hashim bercerai adalah gara-gara Raja Azmi. Roslin Hashim, 35 tahun yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, pada Rabu, menyatakan bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman, 38 tahun, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.

Kata Roslin Hashim lagi, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.

Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.

Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.

Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.

"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.

Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.

Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah."

Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.

Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Selain itu, akhbar Kosmo Online juga turut menyebut dalam berita bertajuk "Lafaz cerai di hotel"
Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).

Berdasarkan pernyataan Roslin Hashim, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu. Jadi adakah ini boleh dianggap punca perceraiannya?

Benjy Terlepas Satu Tuduhan Penyalahgunaan Dadah

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32 tahun yang sebelum ini dikaitkan dengan 3 pertuduhan berhubung penyalahgunaan dadah akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaskan satu daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Manakala bagi dua pertuduhan berikut, Majistret Hafizza Sauni memutuskan supaya ia dibicarakan serentak mulai hari ini dengan sembilan saksi dipanggil memberi keterangan.

Benjy yang berdiri di dalam kandang tertuduh kelihatan gembira dengan keputusan itu sambil kerap tersenyum ke arah Azean, bapa dan dua adiknya yang duduk di galeri awam.

Terdahulu, Hafizza memutuskan Benjy dilepas dan bebas setelah Timbalan Pendakwa Raya, Nurmardiana Mamat memaklumkan telah mendapat arahan untuk menarik balik pertuduhan tersebut.

Ia berikutan notis bantahan yang diserahkan peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad kepada pihak pendakwaan 15 Ogos lalu bagi menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Benjy didakwa memasukkan dadah syabu ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 8.24 pagi, 15 Mac lalu.

Selain itu, Hafizza turut menolak permohonan Amer Hamzah supaya dua pertuduhan lain yang dihadapi Benjy dibicarakan secara berasingan.

Sumber: Kosmo

Wanita Seksi Hantui Pesta Hantu Lapar

on Tuesday, August 17, 2010

Di sebalik percanggahan pendapat mengenai persembahan nyanyian oleh wanita-wanita berpakaian seksi pada Festival Hantu Lapar yang sedang berlangsung sekarang, penasihat kepada penganjur utama acara itu mencadangkan agar persembahan itu digantikan dengan pertandingan nyanyian.

"Lagipun pentandingan nyanyian ini lebih murah untuk dianjurkan," kata penasihat Persatuan Teong Gun, Datuk Lim Yam Koi kepada Bernama.

Lebih RM2 juta dibelanjakan setiap tahun bagi menyambut festival berkenaan yang akan berlangsung sehingga 7 Sept ini. Sejak bermula 10 Ogos lepas, banyak persembahan ini, yang dikenali sebagai "ko tai", diadakan di jalan-jalan atau di kawasan lapang.

Festival itu disambut pada bulan ketujuh dalam kalendar Cina oleh masyarakat Cina di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan selatan China.

Mengikut kepercayaan mereka, pada bulan berkenaan, "pintu neraka" dibuka bagi membolehkan hantu-hantu lapar keluar mencari makanan di Bumi.

Pada pertengahan festival, biasanya pada malam ke-14 atau ke-15, makanan ditawarkan manakala wang kertas dan gaharu dibakar di luar rumah untuk mententeramkan jiwa nenek moyang yang telah meninggal dunia dan bagi memohon nasib yang baik.

Persembahan berbentuk opera Cina dan wayang kulit juga diadakan untuk menghiburkan "roh-roh yang berkeliaran".

Di Pulau Pinang saja, 218 jawatankuasa "phor tor" ditubuhkan bagi menganjur Festival Hantu Lapar. Jawatankuasa ini dianggotai ketua-ketua masyarakat, peniaga dan penduduk setempat.

Sejak kebelakangan ini, jawatankuasa-jawatankuasa ini banyak mengundang wanita berpakaian menjolok mata untuk menyanyi dengan tujuan menarik penonton.

Lim berkata jawatankuasa ini sepatutnya menganjurkan pertandingan nyanyian yang kosnya lebih rendah berbanding bayaran antara RM3,000 dan RM5,000 bagi persembahan oleh wanita-wanita berkenaan.

"Lagipun, pertandingan nyanyian adalah satu bentuk hiburan untuk penonton yang termasuk kanak-kanak dan orang tua," katanya.

Lim berkta beliau akan meminta jawatankuasa "phor tor" untuk menimbang cadangan itu kerana langkah itu akan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

Beliau berharap lebih banyak opera dan wayang kulit Teochew dan Hokkien dapat diadakan kerana persembahan ini mampu menarik minat pelancong asing ke George Town, yang diiktiraf oleh Unesco sebagai bandar raya warisan.

"Lagipun, kumpulan opera ini hanya mengenakan bayaran antara RM2,000 dan RM3,000 bagi setiap persembahan," kata Lim.

Sumber: Bernama

Miss Universe 2010 Mendapat Kecaman Akibat Gambar Bogel


Kontroversi Miss Universe 2010 nampaknya agak 'panas' apabila pihak penganjur atau panitia Pertandingan Miss Universe 2010 menggalakkan finalisnya untuk bergambar bogel semasa sesi fotografi.  Berikut adalah berita berkenaan perkara itu.
Tindakan tersebut bukan saja menyebabkan pihak panitia dikritik serta dikecam dengan cukup hebat, malah mereka telah dituding kerana tidak lagi mementingkan konsep beauty with brains tetapi lebih ke arah menjual tubuh.

Kecaman paling hebat datangnya daripada salah seorang pengamat pertandingan ratu cantik itu, Angie Meyer.

"Apabila konsep berbogel dibawa ke dalam pertandingan ini, Miss Universe bukan lagi dilihat menitik-beratkan soal brains dan beauty. Tetapi, fokusnya lebih kepada tubuh," kata Meyer yang kerap bekerjasama dengan organisasi Miss Universe.

Meyer juga khuatir kalau-kalau pertandingan Miss Universe ini akan menjadi salah satu platform yang memudahkan finalisnya untuk menyertai majalah Playboy.

Disebabkan itu, Meyer beranggapan bahawa pihak panitia tidak seharusnya meminta para finalisnya untuk berfoto topless.

"Jika tidak, oranga kan berfikir bahawa cantik itu adalah fizikal yang sangat sempurna. Padahal pandangan itu sangat sekali dan ia boleh mendatangkan bahaya kepada generasi muda.

"Bukan setakat itu saja, dengan menggalakkan sejumlah finalis ini berfoto topless, pihak panitia Miss Universe akan membuat para peserta berada dalam situasi di mana mereka harus benar-benar berkompromosi dengan hal-hal seperti ini," katanya.

Untuk maklumat semua, pada awal Miss Universe 2010 dianjurkan, sejumlah finalis telah menjayakan sesi fotografi dalam keadaan separuh bogel. Sebelum foto mereka diambil, tubuh mereka telah dilukis terlebih dahulu.

Antara finalis Miss Universe 2010 yang telah bergambar separuh bogel adalah Miss USA, Miss Japan dan Miss Trinidad & Tobago. Foto separuh bogel itu kemudian telah diletakkan di dalam laman web itu Miss Universe sebagai sebahagian daripada foto rasmi para finalis.

Sumber: murai.com.my

Pasangan Kekasih Mengaku Bersalah Buang Bayi

on Monday, August 16, 2010

Ketika orang lain sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut 1 Ramadhan, lain pula yang dilakukan oleh sepasang kekasih di Melaka. Mohd Zolhalmi Khamis, 18 tahun dan pasangannya seorang juvana berusia 17 tahun 10, berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan itu membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi, 11 Ogos.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berita Harian sebelum ini melaporkan satu pasangan kekasih disyaki membuang bayi perempuan baru dilahirkan ke dalam tong sampah di luar kilang tempat mereka bekerja pada hari pertama Ramadan.

Pasangan berusia 18 tahun itu ditahan beberapa jam selepas polis menerima laporan penemuan bayi perempuan yang masih bertali pusat diisi dalam beg pakaian warna hitam daripada seorang pengawal keselamatan, kira-kira jam 5.20 pagi.

Entahlah, jika diimbas semula apa yang berlaku sejak kebelakangan ini,  kes pembuangan bayi nampaknya semakin menjadi-jadi. Malah dalam seminggu terdapat dua atau tiga kes serupa disiarkan dalam akhbar.

Ustazah Ditangkap Khalwat Buat Anak Berang

JITRA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berang apabila mendapati ibunya dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) di rumah mereka di Taman Teja, Changlun di sini, Jumaat lalu. Bagaimanapun dia ditenteramkan penguat kuasa yang melihatnya dalam keadaan marah.

Sebelum kejadian, remaja itu tidur dalam bilik di rumah itu sebelum dikejutkan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di situ.

Ibu remaja itu, ustazah berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah itu dicekup berkhalwat dengan seorang kakitangan kerajaan yang sudah berkeluarga.

Sumber berkata, anak lelaki wanita itu langsung tidak mengetahui ibunya membawa masuk lelaki berkenaan pada hari kejadian.

Katanya, wanita itu dikatakan sudah lama menjanda dan mengenali lelaki itu yang sudah berkeluarga itu sejak beberapa bulan lalu.

“Wanita itu berasal dari Kampung Pulau Nyior, di sini juga pemilik rumah berkenaan, manakala pasangannya berusia 50 tahun berasal dari Langgar, Alor Setar.

“Kami terpaksa menunggu kira-kira 20 minit kerana pemiliknya enggan membuka pintu sehingga memaksa kami menggunakan alat pembesar suara sehingga mengejutkan jiran berhampiran,” katanya.

Bazaar Ramadan dilanda Ribut

on Saturday, August 14, 2010

Niat untuk mencari rezeki di bulan Ramadan tidak kesampaian apabila ribut tiba-tiba melanda di tapak bazaar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin. Menurut jurucakap polis, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.
“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,”
Akibat daripada ribut tanpa hujan yang datang secara tiba-tiba itu, dua orang peniaga dan seorang pengunjung bazaar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.
Abdul Omar, 73 tahun meninggal di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.

Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut meninggal di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.

Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.

Jadual Waktu Imsak dan Buka Puasa 2010 Seluruh Malaysia

on Wednesday, August 11, 2010

Pertama, nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa di samping ibadah yang lain. Hari ini dah masuk hari pertama puasa. Amacam pagi tadi ada bangun sahur? atau terbabas sampai lepas waktu imsak? Harap-harap tiada yang terlebih masa imsak tadi. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan tiada yang terlupa atau buat-buat lupa sampai terbuka almari makanan awal pagi tadi :D

Update ringkas untuk hari ini. Sebenarnya saya sudahpun poskan entri berkenaan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa sebelum ni di blog lain, tapi memandangkan terdapat juga permintaan daripada pengunjung berdasarkan rekod keyword yang digunakan, maka saya kongsikan juga di sini.

Khusus untuk negeri Sabah, saya telah gabungkan kesemua Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa mengikut zon menjadi satu muka surat. Buat dalam bentuk gambar. Senang nak download dan print. Untuk saiz yang besar, klik saja gambar di bawah.


Kalau ada yang ingin mendapatkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kawasan Wilayah Persekutuan, boleh juga rujuk di kulanzsalleh.com. dan Untuk negeri-negeri yang lain pula, boleh rujuk di laman Jakim.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat di bulan mulia ini.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2010

on Tuesday, August 10, 2010

Mesti ramai dah tahu yang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah. Ni saja saya kongsikan untuk rujukan sendiri dan pengisian blog ni.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja juga telah menetapkan bahawa tempat-tempat untuk melihat anak bulan pada petang nanti adalah di:

Melaka: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu
Johor: Pontian Kecil
Negeri Sembilan: Teluk Kemang
Selangor: Bukit Melawati; Pulau Angsa; Bukit Jugra
Perak: Pantai Pasir Panjang
Pulau Pinang: Pantai Aceh
Kedah: Kampung Pulau Sayak; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar.
Terengganu: Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Kemuning; Pulau Perhentian.
Kelantan: Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu.
Sarawak: Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching: Tanjung Batu, Bintulu;
Sabah: Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
Pahang: Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan.
Labuan: Menara Universiti Malaysia Sabah.
Kuala Lumpur: Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Perlis: Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen. 

Tak sabar menunggu pengumuman permulaan puasa...

Ameng Spring Disahkan Positif Dadah

on Monday, August 09, 2010

Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42 tahun didapati positif dadah. Ujian yang dilakukan terhadap spesimen air kencing yang diperoleh daripada penyanyi itu menunjukkan keputusan adalah postif positif dadah.

Berikut adalah petikan daripada berita mStar hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, Sarjan Halimi Jarkasi pada perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Halimi, 47, yang dipanggil selaku saksi pendakwaan pertama memberitahu, keputusan itu diperoleh selepas spesimen yang diambil pada 6 April lalu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Botol yang berisi specimen air kencing tersebut mengandungi label nama dan nombor kad pengenalan tertuduh, tarikh diambil serta ditandatangani oleh tertuduh. Botol juga dimateri,” katanya.

Tambahnya, spesimen dihantar ke HKL pada 7 April lalu. Sebelum itu, spesimen tersebut disimpan di dalam lokar besi berkunci.

Beliau menambah, selepas keputusan ujian diperoleh, beliau telah menghubungi tertuduh untuk memintanya datang ke balai dan menyerahkan sesalinan keputusan ujian sebelum mengarahkan Ameng untuk hadir ke mahkamah.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan perbicaraan terhadap Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersambung Selasa.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala Ameng diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu sedang dibicarakan atas pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada pukul 3.45 pagi, 2 April lalu di IPD Sentul.

Ameng dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 12 Mei lalu, di mana dia mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Juara Akademi Quran 4 (AQ4) Disandang oleh Ahmad Tarmizi

on Saturday, August 07, 2010

Ahmad Tarmizi Ali, 25 telah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kemenangan itu membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej menunaikan umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al-Quran digital sumbangan ENMAC.

Beliau yang ditemui di sidang media menzahirkan rasa terharu dan terkejut atas kemenangan yang tidak diduga itu.

"Melangkah masuk ke peringkat akhir sahaja sudah bersyukur, ini kerana saingan sangat sengit. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

"Bagaimanapun, saya bersyukur atas rezeki kemenangan ini dan Insyaallah, saya akan membawa ilmu yang saya pelajari di sini kepada masyarakat luar," katanya.

Naib johan pula dimenangi Muhamad Ahmad Zahid , 15. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sementara itu, Yahya Ali, 23, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejor Jeneral(B), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.

Seorang lagi finalis yang bertanding padaperingkat akhir AQ dan memenangi tempat keempat ialah Husni Ali Hassan, 25 dengan membawa pulang wang tunai RM2,000.

Kemuncak AQ akan dihoskan oleh juara Gadis Melayu musim pertama, Aida bersama Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin serta naib juara AQ, Sharifah Khasif Fadzilah.

AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedahtertentu.

Meninggal Sebelum Kes Sempat Dibacakan

on Friday, August 06, 2010

Seorang tertuduh yang melibatkan kes penyelahgunaan dadah meninggal dunia di Mahkamah Majistret sebelum kesnya dibacakan. Kejadian ini berlaku di Kuantan kira-kira pukul 8.15 pagi ini.

Menurut berita, Wan Khairul Azizi Wan Ali, 34, direman di Penjara Penor di sini sejak 12 Mei lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang belum berkahwin telah beberapa kali hadir ke mahkamah bagi menghadapi kes tersebut yang dijadualkan disebut di hadapan Majistret Noordiana Abdul Aziz.

Menurut bapanya, yang hanya mahu dikenali sebagai Wan Ali, 67, dia dimaklumkan bahawa pada hari ini keputusan ujian air kencing anaknya telah siap bagi memastikan sama ada anaknya terlibat dengan gejala dadah atau tidak.

Raja Azura Akan Jelaskan Isu Cerai

Pagi tadi Raja Azura telahpun membuat sidang akhbar berkenaan isu cerai atau keretakan rumah tangganya yang mendapat liputan meluas sejak beberapa hari lalu. 

Menurut Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said semalam, berkaitan isu rumah tangga pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, akan mengadakan sidang media jam 11 pagi tadi di pejabat Astro selepas selesai menjalankan tugas untuk segmen Sinar Pagi bersama dua penyampai lain iaitu Khairil dan Salih Yaacob.

Berita keretakan rumah tangga pengacara itu bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, dinafikan Raja Azura. Sebaliknya pelakon itu menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan.

Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.

“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu.

Raja Azura tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri. Jadi jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

Ladang Kelapa Sawit pun Jadilah...

on Thursday, August 05, 2010

Kalau dah tak tahan nafsu, projek di Ladang Kelapa Sawit pun jadilah...

Mungkin itulah yang difikir oleh sepasang kekasih semasa hendak membuat projek melepaskan nafsu di ladang kelapa sawit di Kulim. Bagaimanapun, tuntutan nafsu kedua-dunya tidak dapat dipenuhi malah terpaksa lari lintang-pukang sambil berbogel di ladang kelapa sawit gara-gara takut 'ditembak'.

Kulim: Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel.

Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.

Si lelaki tak dapat, si perempuan tak dapat. Yang dapat, pemburu yang terserempak dengan mereka... dapat tengok wayang free.. Ntah macam manalah keadaan keduanya masa tu... Nasiblah pemburu berkenaan antara orang-orang yang baik. Kalau tidak, cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada si perempuan?

Moral of the story: Betapa rendahnya harga diri pasangan berkenaan. Sanggup buat perkara tidak senonoh di kawasan ladang..

Berita lanjut boleh baca di sini

p/s: Gambar atas tu sekadar hiasan. Bukan gambar tempat kejadian

Drama Adamaya Bawa Tuah Kepada Chloe Nicole

on Monday, August 02, 2010

Sayapun bukannya kenal sangat dengan Chloe Nicole ni. Ni pun tahu cerita selepas baca berita di Harian Metro.

Rupanya Chloe Nicole adalah salah seorang pelakon Drama Adamaya yang popular di TV3 tu. Dialah yang membawa watak Sarah tu. Mungkin sebab tak tengok sangat drama Adamaya, sebab tu tak perasan sangat.


Seksi dan berani juga rupanya Chloe Nicole ni. Tapi tak heran sangat sebab mungkin itulah watak yang ditampilkan Chloe Nicole sebagai Sarah dalam drama Adamaya tu. 

Berdasarkan sumber berita, Chloe memang tidak segan dan tidak perlu diajar untuk menggayakan aksi 'daring' sebab dia memang sudah berpengalaman bekerja depan kamera sejak usia 16 tahun lagi, dia sudah membabitkan diri dalam bidang modeling di Sabah.

Menurut Chloe, "Seksi ialah penampilan saya yang biasa. Saya tak kisah nak seksi asalkan bertempat. Saya juga tak kisah apa cakap orang kerana pakaian sebegini membuatkan saya selesa. Saya tetap berbaju dan bukannya berbogel. "Setakat ini, kawan-kawan rapat serta rakan industri seni faham dengan pendirian saya. Seperti yang saya katakan, saya tidak akan berbogel kalau dibayar mahal macam mana sekalipun. Mungkin satu hari nanti, saya akan ada anak dan saya tak sanggup mereka menerima kesannya,"

Berikut adalah secara ringkas profil Chloe, mana tahu ada yang nak berkenalan.

NAMA SEBENAR: Chloe Nicole Saralyn Bimbizagan William Majinbon
TARIKH LAHIR: 31 Disember 1989
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma bidang kewartawanan dari Taylors College, PJ
KERJAYA: Pelakon dan model
DRAMA: Sood, Chee Yong dan Rakan-Rakan, Adnan Sempit The Series, Adamaya, Takdir
FILEM: Senario Asam Garam

 
© Just Another Story All Rights Reserved