Home > Posts filed under puasa
Seperti yang kita sedia maklum, petang tadi adalah hari yang ditetapkan untuk
melihat anak bulan Ramadan 2012. Alhamdulillah, kita telahpun mengetahui yang
tarikh permulaan puasa pada tahun 2013 (1434H) adalah pada 10 Julai (Rabu), bersamaan 1 Ramadhan 1434H.
Bagi
yang belum mendapatkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013,
bolehlah klik pautan di bawah ini untuk mendapatkannya:
Selain daripada mengerjakan ibadah
puasa, umat Islam di seluruh dunia juga akan menunaikan zakat di samping
mengerjakan ibadah-ibadah yang lain termasuklah solat sunat Tarawih dan
bersedekah. Semoga puasa dapat mendidik nafsu kita dan dapat
menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan.
Salam semua, berikut saya kongsikan tarikh melihat anak bulan
Ramadhan tahun 2013 (1434 Hijrah) bagi negeri-negeri di Malaysia.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja telahpun
menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan
puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Isnin,
8 Julai 2013 bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja juga telah menetapkan yang
tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah:
- Pontian Kecil, Johor;
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
- Menara Kuala Lumpur;
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan
puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, manakala pengisytiharan
tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia melalui Radio dan Televisyen.
Bagi mengetahui jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi seluruh negeri
Sabah, boleh rujuk di
SINI.