Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Google Labour Day

on Saturday, May 01, 2010


Nampaknya Google pun bersemangat meraikan Hari Pekerja atau Labour Day. Tengok pada paparan gambar di atas tu. Kalau kita buka laman Google pada hari ini (1 Mei 2010), mesti nampak gambar tu sebagai pengganti logo sedia ada.
Labour Day or Labor Day is an annual holiday celebrated all over the world that resulted from the labour union movement, to celebrate the economic and social achievements of workers. The majority of countries celebrate Labour Day on May 1, and it is popularly known as May Day and International Workers' Day, while some celebrate on the first Monday of September.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Labour Day, boleh rujuk sini.

Kita di Malaysia pun memang menyambut hari pekerja setiap tahun. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu penghargaan kepada para pekerja di negara ini atas sumbangan mereka dalam apa bidang sekalipun.

Kepelbagaian Kaum, Budaya di Malaysia Aspek Penting Dalam Masyarakat

on Monday, April 12, 2010

WASHINGTON: Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Ini adalah identiti kami, imej kami, selain kekuatan kami, yang sebaliknya, menyediakan asas yang kukuh untuk kejayaan politik, sosial dan ekonomi negara kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Festival Wajah-wajah 1Malaysia, yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di bangunan National Geographic Society di sini, hari ini.

Festival dua hari itu bertujuan mempromosi makanan kegemaran di Malaysia, lagu-lagu dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, dilengkapi dengan demonstrasi kraftangan serta promosi pelancongan.

Duta Esther Coppersmith mewakili kerajaan Amerika Syarikat pada majlis itu, yang digelar sebagai "Lambang persahabatan antara dua negara."

Mengenai festival Wajah-wajah 1Malaysia yang julung kali diadakan, Rosmah berkata selain memaparkan kekayaaan warisan tradisi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang sungguh istimewa, festival itu turut membuktikan keakraban, persahabatan dan kesetiakawanan Malaysia-Amerika Syarikat.

Majlis itu, yang dikendalikan oleh juruacara majlis Datuk Mahadzir Lokman, bermula dengan tayangan multimedia pendek mengenai "Malaysia Truly Asia", diikuti dengan "Tarian Selamat Datang" dan joget "Johor Sport Club."

Pemain piano cilik Malaysia Tengku Ahmad Ifran Tengku Ahmad Syahrizal daripada Permata Seni Muzik mempersembahkan lagu "Tanah Pusaka" manakala penyanyi remaja Ikhwal, 17, memukau pengunjung dengan dendangan lagu yang dipopularkan oleh M Nasir "Mentera Semerah Padi".

Persembahan penuh bertenaga "Dikir Bertingkah" oleh 10 kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun, dari Tunas Budaya memeriahkan festival itu apabila hadirin ikut sama menari.

Ini segmen pertama festival. Segmen kedua akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok di Mandarin Oriental Hotel di sini.

Malam Gala Wajah-wajah 1Malaysia itu akan dihadiri oleh jemputan khas, termasuk ahli politik Amerika Syarikat. - Bernama

Carla Bruni-Sarkozy Mengejutkan Orang Ramai

on Sunday, March 07, 2010


LONDON: Wanita pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy dilaporkan memeranjatkan ramai apabila muncul dalam satu majlis makan malam rasmi negara dengan mengenakan pakaian ketat tanpa baju dalam.

Carla mengenakan gaun ketat labuh Roland Mouret ketika menghadiri majlis makam malam rasmi di Istana Elysee, Paris. Model berusia 42 tahun dan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan Presiden Russia, Dmitry Medvedev bersama isteri, Svetlana, lapor The Sun.
 
© Just Another Story All Rights Reserved