Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Sebanyak 81 Laman Web Lucah Ditutup

on Thursday, April 29, 2010

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu.

Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual. - Sumber: Kosmo Online

Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Membantu Pengurus Melaksanakan Fungsi Kepimpinan

on Wednesday, March 17, 2010

Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (selepas ini dipanggil ICT) dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.

Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi. Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.

Bit.ly Menyediakan Kemudahan Summarized Views

on Wednesday, January 27, 2010

Tahu tak apa kegunaan URL shortener atau pemendek url? Tau takpe! Tapi bagi yang belum tahu, URL shortner berfungsi untuk memendekkan URL sesebuah laman web. Selain tu, ia juga dapat menyembunyikan URL asal. Tu secara ringkas tentang URL Shortner.

Daripada banyak-banayk URL Shortner yang ada, pada masa ini saya anggap bit.ly adalah antara yang terbaek. Sebabnya selain daripada ringkas dan mudah digunakan, bit.ly juga telah menyediakan satu lagi kemudahan kepada para penggunanya, iaitu ringkasan atau data statistik bagi sesebuah url:
 
© Just Another Story All Rights Reserved