Showing posts with label BahanPnP. Show all posts
Showing posts with label BahanPnP. Show all posts

Tenaga

on Wednesday, May 02, 2012

Sebelum ini murid-murid telahpun mempelajari pelbagai bentuk tenaga, iaitu: tenaga solar, tenaga keupayaan, tenaga bunyi, tenaga haba, tenaga elektrik, tenaga cahaya, tenaga kimia dan tenaga kinetik.

Jadi kali ini cikgu ingin kongsikan sebuah klip yang menerangkan secara ringkas tentang Tenaga. Harap murid-murid terhibur dan dapat mempelajari sesuatu daripada klip ini.

Bentuk-Bentuk Tenaga

on Monday, April 23, 2012

Mata Pelajaran : Sains
Kelas : Tahun 5
Bidang : Menyiasat Alam Fizikal
Topik : Tenaga
Sub Topik : Bentuk Tenaga

Objektif : Mengetahui tenaga wujud dalam pelbagai bentuk
Objektif Spesifik : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat:

  1. Menyatakan dengan tepat sekurang-kurangnya 5 bentuk tenaga.
  2. Kepentingan perubahan tenaga kepada manusia

Isi Kandungan Pelajaran
Isi kandungan/nota pembelajaran boleh dimuat turun dalam format PDF (di SINI)

Bahan Pembelajaran
Muat turun dalam bentuk PowerPoint Presentations 2007 di SINI

Living Things Have Their Basic Needs

on Saturday, February 04, 2012

Berikut adalah salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang pernah saya hasilkan pada tahun 2007. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini pada asalnya disediakan dalam format (*.ppt) Powerpoint Presentation. Bagaimanapun untuk memenuhi keperluan semasa, saya telah menukarkan format sedia ada kepada format flash bagi memudahkan bahan ini dimuat-naik ke ke blog ini dan dapat diakses oleh pengguna lain secara atas talian.

Mata Pelajaran: Sains
Kelas: Tahun 4
Topik: Living Things Have Basic Needs
Sub Topik: Animals
Format Bahan: Flash

Untuk mengakses bahan tersebut, anda hanya perlu klik pada gambar berikut.


Sebelum mengakses bahan ini, sila pastikan pelayar yang anda gunakan telah ditambah dengan fungsi 'Adobe Flash Player' sekiranya belum, anda boleh muat-turun perisian tersebut di SINI.

Selain daripada bahan dalam format flash di atas, saya juga telah memuat-naik fail asal yang masih menggunakan format Powerpoint Presentation. Bahan tersebut boleh dimuat-turun di SINI.
 
© Just Another Story All Rights Reserved