Hari ini waktu meninjau-ninjau tajuk penting di portal berita online (mStar Online), tertarik dengan satu tajuk berita "Banyak Nama Pelik Di Sabah". Disebabakan ingin mengetahui kisah sebenar di sebalik 'nama pelik' itu, membuka URL dan kandungan berita berkenaan.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia kelahiran negeri Sabah, saya memang mengetahui sedikit-sebanyak tentang beberapa nama pelik di negeri ini. Ia memang sesuatu yang unik dan tidak salah jika saya kongsikan di sini.
KOTA KINABALU: Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.Namun, terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin."Agak sukar untuk membawa nama ini. Di sekolah, saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu," katanya.Beliau berkata, nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau."Sebelum kehadiran saya, ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia."Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat," katanya.Tigabelas berkata, doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya."Selepas mengetahui saya anak yang ke-13, dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.""Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal," katanya.Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh, ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.Mogumbirak, seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta. Pekerja buruh, Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut. "Tidak apalah, tidak payah tanya. Saya ada kerja sekarang," katanya ketika dihubungi Ahad.
Itulah antara keunikan di negeri Sabah. Cuma kita berharap selepas ini tiada lagi mana-mana individu yang menjadikan nama-nama tersebut sebagai gurauan.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment