Keputusan Malaysia vs Liverpool

on Saturday, July 16, 2011

Walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri oleh ribuan peminat pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool petang tadi, ia tidak melemahkan semangat pasukan Malaysia untuk berhadapan dengan pasukan "The Reds". Buktinya pasukan negara masih lagi mampu menjaringkan 3 gol walaupun ketinggalan 3 gol kepada Liverpool (3-6).

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79, 81), manakala Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57, 58), Maxi Rodriguez (74, 90), Dirt Kuyt (93).

Malaysia dibarisi oleh pemain, antaranya: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

Liverpool pula memberikan ruang kepada hampir kesemua pemainnya apabila menurunkan Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam (separuh masa pertama), serta Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen) pada separuh masa kedua:
Ranking: 5

{ 1 Respon... read them below or add one }

clone websites said...

nice inforation dear


7/24/2011 9:09 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved