Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal diraikan seluruh umat Islam pada 15 Febuari ini (Selasa), stesen televisyen TV3 menyajikan beberapa rancangan menarik bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini.
Pelbagai program terbitan khas menyelami erti sambutan kelahiran Baginda Rasullullah S.A.W menerusi Wanita Hari Ini (WHI), Malaysia Hari Ini (MHI), Al-Kuliyyah, Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir, Konsert Sinar Maulidur Rasul termasuklah empat drama hebat yang sarat dengan pengisian positif seperti Ampunkan Daku, Hijab Di Kalbu, Yang Terpuji danKau Yang Satu.
Teruskan mengikuti kisah-kisah teladan dan menarik serta hayati topik perbincangan penuh manfaat menerusi rancangan bual bicara yang disediakan seperti program Al Kuliyyah sebagai penutup slot Istimewa Maulidur Rasul– Menghidupkan Sunnah Rasulullahkali ini.
Berikut adalah senarai program Istimewa Maulidur Rasul– Menghidupkan Sunnah Rasulullah di TV3 pada 14, 15 & 18 Februari 2011.
HIJAB DI KALBU- Isnin, 14 Februari 2011, 10.00 malam
Mengisahkan pasangan suami isteri, Iskandar seorang pengusaha rangkaian restoran makanan Thai dan Azizah pula mempunyai perniagaan aksesori wanitanya sendiri.Kedua-dua pasangan ini sangat taksub dengan kuasa mistik seperti tangkal, pelaris perniagaan dan pendinding. Salah satu daripada pelanggan tetap mereka adalah sebuah agensi pelancongan umrah dan ziarah. Pemilik agensi tersebut, Haji Abdullah, menawarkan agar keluarga ini mengikuti umrah dan ziarah selama 10 hari.Berbekalkan rasa terharu dan terhutang budi, Iskandar dan Azizah akhirnya bersetuju untuk menunaikan umrah, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu yang diberikan semenjak mereka memulakan perniagaan restoran tersebut 7 tahun lalu.
Pelakon: Sharifah Shahrizah (Eja), Arash Mohamad, Zain Saidin, Mubarak Majid, Sabrina Ali dan Wan Maimunah
MALAYSIA HARI INI (MHI)- Selasa, 15 Februari 2011, 6.30 pagi
Topik: Keperibadian Rasulullah S.A.WMulakan pagi anda bersama Wardina, Ally, Nurul, Abby ditemani Fedtri menerusi Malaysia Hari Ini (MHI) yang akan bersiaran secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan akan membawakan pelbagai topik bicara menarik bersempena Maulidur Rasul.
AL KULIYYAH SEMPENA MAULIDUR RASUL - Selasa, 15 Februari 2011, 10.00 pagi
Topik: Pengorbanan AbadiCinta Rasulullah S.A.W terhadap umatnya melebihi kasih sayang baginda kepada keluarga sendiri.Baginda berdakwah demi umatnya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dari musuh Islam menganggu malah sehingga ada ketikanya baginda tercedera.
Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi MustaffaPanel Jemputan: Dr Uthman El-Muhammady (Felo Yang Amat Utama ISTAC ) dan Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim (Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan).
JEJAK RASUL: MUHAMMAD S.A.W UTUSAN TERAKHIR - Selasa, 15 Februari 2011, 11.00 pagi
Mengambil inspirasi sempena dengan hari kelahiran Baginda, episod khas Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir pastinya akan membuka minda dan menambah ilmu di dada dengan himpunan pelbagai kisah yang dipetik dari Al-Quran dan Sunnah, serta diperkukuhkan dengan fakta dan hasik kajian saintifik mengenai nabi terakhir, Muhammad S.A.W
Pengacara: Haji Zainal Ariffin dan Haji Ahmad Noor Sulaiman
WANITA HARI INI (WHI) - Selasa, 15 Februari 2011, 12.00 tengahari
Topik: Mencontohi Keluarga Rasulullah S.A.W
Teruskan bersama TV3 menerusi Wanita Hari Ini (WHI), rancangan bual bicara popular khas untuk kaum Hawa yang akan bersiaran langsung dari Kompleks Balai Islam, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Luangkan masa untuk menghayati bersama kisah dan perbincangan menarik mengenai kisah kehidupan keluarga Baginda Rasullah S.A.W
Pengacara: Azizah Ariffin dan Hazrena Mohd KassimPanel Jemputan: Ustazah Syarifah Hayati dan Wakil Pakar Agama dari Universiti Sains Kelantan
KONSERT SINAR MAULIDUR RASUL - Selasa, 15 Februari 2011, 3.00 petang
Hari penuh bermakna ini akan terus diceriakan dengan persembahan hebat barisan penghibur tersohor tanah air seperti kumpulan nasyid Rabbani, biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan turut diserikan dengan penampilan Aishah dan Jamal Abdillah membawakan irama nasyid, zanji dan dendangan lagu-lagu bahasa Arab sempena meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang telah berlangsung di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada tahun lepas (2010).Artis: Rabbani, Sharifah Aini, Aishah dan Jamal Abdillah
YANG TERPUJI - Selasa, 15 Februari 2011, 10.00 malam
Ahmad Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal.Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, buah-buahan, menyakat orang tua dan kanak-kanak dan sebagainya.Dia sering melakukan kegiatan tersebut dengan kawan baiknya, Amir. Ibunya, Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkannya malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika.
Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Zaidyansjah, Bob Lokman, Rashid Jaafar dan Taha Wahid
CEREKA PILIHAN: KAU YANG SATU - Jumaat, 18 Februari 2011, 1.00 petang
Adam, seorang mualaf yang masih lagi mencari agama dan mencari Allah Yang Satu.Adam yang juga merupakan seorang arkitek telah pergi ke sebuah kampung untuk mencari tempat yang sesuai untuk membina chalet dan telah menyewa sebuah rumah kepunyaan Pak Asan.Pak Asan seorang yang pandai dalam agama tetapi mengamalkan khurafat seperti menurun nombor.Pak Asan juga suka bercakap besar dan sering memburukkan orang kampung.Semua perkara yang dilakukan oleh orang kampung menjadi salah pada pandangannya.
Pelakon: Ako Mustapha, Abu Bakar Omar, Razali Buyung, Irma Hasmi, Norlia Ramly, Maimun Mutalib, Zain Saidin dan Roslan Salleh
AL-KULIYYAH ISTIMEWA MAULIDUR RASUL -Jumaat, 18 Februari 2011, 5.00 petang
Topik: Bencana LisanMembicarakan kepentingan umat Islam berhati-hati dalam berbicara.Lidah manusia perlu bercakap (lisan) perkara-perkara yang baik.Elakkan bercakap (lisan) perkara yang buruk seperti fitnah, mencaci, menghina yang boleh membawa kepada bencana perpecahan.
Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi MustaffaPanel Jemputan: YBhg. Sahibus Samahah, Mufti Kelantan, Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim, Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan. (Sumber: MStar Online)
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment