Bulan lepas, update pertama blog ini adalah berkenaan Kenaikan Harga Minyak RON97. Pada masa itu harga RON97 naik sebanyak 5 sen berbanding bulan sebelumnya menjadikan harga ketika itu RM2.15 seliter.
Bulan ini, sekali lagi blog ini dikemaskini dengan kenaikan harga Petrol RON97. Kerajaan telah mengumumkan bermula tengah malam Selasa (1 Disember). Seperti yang dimaklumkan. Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter berikutan harga pasaran minyak dunia semasa. Harga RON95 dan Diesel pula tidak berubah.
Harap-harap bulan hadapan (Januari Tahun 2011) tiada lagi pengumuman kenaikan harga minyak akibat kenaikan harga pasaran dunia. Mana tahan kalau setiap bulan harga minyak naik.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment