Laman Facebook bakal disekat di Malaysia?

on Wednesday, December 08, 2010

Kepada pengguna-pengguna Facebook, jangan pula terkejut kalau suatu hari nanti anda cuba untuk mengakses laman berkenaan tetapi tidak berjaya. Ada kemungkinan akses ke laman berkenaan sudah disekat di negara ni. Itu tidak mustahil berlaku sebab sekarang ini dah ada cadangan untuk menyekat laman sosial Facebook kalau didapati laman tu terus menggugat keselamatan negara.

Itu sebenarnya cadangan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk melakukan perkara-perkara yang tak elok. Tapi jangan salahkan beliau, salahkan pengguna yang tak bertanggungjawab tu. Iyalah, kalau laman sosial sudah jadi medan untuk mengancam keselamatan negara, menghina agama, menghina negeri, menghina individu, memperdagangkan seks dan menyalahgunakan akaun milik pengguna lain, memang eloklah kalau Facebook disekat.

Bagaimanapun ada pro dan kontranya juga cadangan tu. Dari satu sudut memang bagus juga kalau facebook disekat kalau perkara-perkara di atas tu sudah tidak dapat dikawal lagi. Tapi dari sudut lain, takkan gara-gara 2-3 orang buat angkara semua pengguna di Malaysia jadi Mangsa. Sama juga dengan sesebuah parti politik. Bayangkan kalau 1-2 orang pemimpin tertinggi politik buat salah, lepas tu rakyat desak supaya parti tu dibubarkan, patutkah tidak?

Pokok pangkalnya, tidak semua pengguna Facebook menyalahgunakan keistimewaan Facebook atau melakukan perkara seperti yang didakwa. Ada banyak juga kelebihannya kalau digunakan dengan baik. Jadi, cadangan supaya pihak-pihak terbabit seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memantau dengan lebih kerap pengunaan Facebook adalah lebih bijak berbanding cadangan menyekat terus laman berkenaan.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved