Baru tiga hari lepas tulis kenaikan harga minyak petrol RON97. Hari ni giliran RON95 pula lagi yang naik sebanyak 5 sen.
Kalau harga petrol RON95 sebelum ini cuma RM1.85 seliter, mulai tengah malam ini, harga baru bahan api tu akan jadi RM1.90 seliter. Kononnya, kenaikan tu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.
“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.
Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.
Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95. (Sumber: mStar online)
{ 2 Respon... read them below or add one }
Assalamualaikum...
Mungkin sebab lain ialah sebagai persediaan untuk perbelanjaan pilihanraya yang akan datang. Lagipun kan nak buat menara warisan 100 tingkat, tu je dah berapa billion akan habis kalau jadi dibina..
12/03/2010 8:13 PM
salam bro kulanz...
rasanya naik ni untuk masa ni... nanti nak PRU akan turun balik...nak amik ati rakyat la katakan... skang ni nak dapatkan dana dulu untuk PRU yg mencabar tahun depan..... dana dari judi bola tak dapat nak teruskan...hehe..
PM Kita Buta Sejarah?
12/03/2010 10:00 PM
Post a Comment