Rancangan Menarik TV3 Sempena Aidiladha

on Monday, November 15, 2010

Sambil-sambil menyambut Hari Raya AidilAdha, bolehlah juga layan TV3 kalau ada kelapangan. Sebab ada banyak rancangan menarik akan disiarkan sempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba. Rancangan-rancangan menarik dan hebat tu akan disiar mulai 17 November (Rabu) sehingga 21 November, 2010 Ahad).

 Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, 10 Zulhijjah merupakan tarikh yang cukup istimewa bagi semua umat Islam di dunia.

“Justeru ini merupakan platform terbaik bagi kami dan juga kesempatan yang sempurna bagi para penonton untuk sama-sama belajar dan menghayati erti dan perbezaan korban dan pengorbanan melalui pengisian kanduangan yang cuba disampaikan.

“Antara rancangan menarik seperti Al Hidayah UK, Al Kuliyah, Syahadah Cinta serta sajian telefilem terpilih seperti Sebening Keringat dan Karma Salina yang diterbitkan khas sebagai kesinambungan telefilem Airmata Nur Salina.

"Kesemua program yang bakal dipertontonkan di TV3 sempena Aidiladha ini sememangnya sarat dengan nilai murni dan dapat memberikan inspirasi kepada penonton dengan mesej positif yang disampaikan dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga,” katanya.

Berikut ialah program-program istimewa di TV3 sempena minggu sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini:

- Malaysia Hari Ini (MHI) (Rabu, 17 November, 6.30pagi)
- Sabar (Rabu, 17 November, 10.00 pagi)
- Wanita Hari Ini (WHI) (Rabu, 17 November, 12.00 tengahari)
- Gosok (Rabu, 17 November, 3.00 petang)
- Setulus Sinar Aidiladha (Rabu, 17 November, 5.30 petang)
- Sebening Keringat (Rabu, 17 November, 10.00 malam)
- Syahadah Cinta (Khamis, 18 November, 5.30 petang)
- Sandaran Kasih (Jumaat, 19 November, 10.00 pagi)
- Al-Hidayah UK (Jumaat, 19 November, 1.00 petang)
- Korban Kasih Marlisa (Jumaat, 19 November, 1.30petang)
- Karma Salina (Sabtu, 20 November, 10.00 malam)

Sumber: Mstar online
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved