Bantuan Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam Negeri Sabah

on Friday, November 19, 2010

Semasa pembentangan Bajet 2011 lepas, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan itu untuk penjawat awam Gred 1 hingga 54 termasuk pegawai kontrak dan pesara.

Hari ini, seramai pula Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan seramai 23,000 penjawat awam kerajaan negeri Sabah termasuk pesara dan pegawai kontrak juga akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang.

Menurut Ketua Menteri Sabah, bantuan khas itu akan dibayar bulan depan selaras dengan pengumunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Okt lalu.

"Kepada mereka yang telah berkeluarga, diharapkan bantuan khas ini akan dapat membantu menampung perbelanjaan anak-anak sekolah menjelang Januari depan," katanya semasa membentangkan Bajet negeri Sabah 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini. (Sumber: BERNAMA)

p/s: Harap-harap bantuan kewangan ni dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan. Jangan pula macam bonus sebelumnya. Biasanya hanya dapat pada suku atau pertengahan tahun berikutnya.
Ranking: 5

{ 1 Respon... read them below or add one }

Marhaen Kacak said...

kira dapat double r..dengar selangor pun dapat..:)

10 Aplikasi Freeware Pilihan Terbaik


11/20/2010 1:01 AM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved