Tarikh 10.10.10 mestinya hari yang ditunggu-tunggu oleh angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana hari ini beliau akan menamatkan zaman bujangnya.
Dalam satu majlis yang gilang-gemilang yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dngan sekali lafaz. Pernikahan ini dilakukan sendiri oleh bapa Dr. Harlina, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali, dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.
kredit gambar: gua.com.my dan mstar online
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment