KUALA LUMPUR: Hotlink, jenama prabayar pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu Maxis Bhd, menawar kandungan mudah alih yang luas berkaitan Ramadan, lebih masa berbual dan khidmat pesanan ringkas serta hidangan panas percuma Kentucky Fried Chicken (KFC) sempena bulan mulia ini.
Pelanggan Maxis dan Hotlink hanya perlu membeli Ramadan-Raya Hot Ticket Hotlink yang terdapat dalam denominasi RM15 dan RM10, untuk menebus tawaran itu di semua cawangan KFC.
Fitri Abdullah, Naib Presiden Kanan dan Ketua Perniagaan Maxis berkata Hot Ticket RM15 membolehkan pelanggan menikmati masa berbual selama 120 minit dan 300 SMS bernilai RM60.
"Ramadan-Raya Hot Ticket ditawarkan untuk pelanggan Islam kami walaupun kami berharap tawaran itu akan menarik pelanggan lain berdasarkan nilai hebatnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ramadan-Raya Hot Ticket boleh didapati di semua pusat Maxis, rakan kongsi dan pengedar ekslusif Maxis, dan pengedar Hotlink di seluruh negara, sepanjang Ramadan dan Syawal. - BERNAMA
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment