Misteri Penemuan Mayat Wanita Bogel di Ulu Yam Telah Terjawab

on Tuesday, June 08, 2010

Misteri penemuan mayat wanita bogel yang ditemui di kawasan peranginan Ulu Yan yang dilaporkan dalam berita semalam telah terjawab apabila hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas kerana tiada sebarang tanda-tanda unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi memaklumkan wanita berusia awal 20-an, warga tempatan dan berbangsa Melayu itu ditemui terapung di Sungai Tembalik berhampiran kawasan tangki air Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru. Menurutnya lagi, siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca wanita berkenaan datang ke kawasan rekreasi berseorangan, membuka semua pakaian sebelum ditinggalkan di tepi sungai dan mandi dalam keadaan telanjang bulat (mandi bogel).

Beliau turut menyeru agar orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. (Sumber: Harian Metro)
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved