MELAKA - Siti Khadijah Mat, 50, sepatutnya berasa seronok diraikan sempena sambutan Hari Guru semalam, apatah lagi dia antara guru yang disenangi oleh warga pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan Cheng di sini.
Bagaimanapun, keseronokan Siti Khadijah yang juga guru penyelaras pendidikan khas untuk bertemu warga sekolah tidak menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia di Hospital Melaka pukul 5.15 pagi semalam akibat jangkitan paru-paru dan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Suaminya, Zulkifli Johar, 50, berkata, isterinya itu telah dirawat di Hospital Pantai, Melaka selepas mengadu sakit kepala dan demam pada akhir bulan lalu.
"Pada mulanya isteri saya disyaki menghidap demam denggi tetapi hasil ujian darah pula tiada menunjukkan dia diserang wabak itu,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Melaka semalam. - Sumber: Kosmo Online
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment