Bung Muktar Akan Dihukum Penjara

on Wednesday, May 19, 2010

KUALA LUMPUR 19 Mei - Awal tadi, makhamah menjatuhkan hukuman sebulan penjara terhadap Bung Mokhtar kerana didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran dengan pelakon, Zizie Izette A Samad.

Bung Moktar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin. Ahli Parlimen Kinabatangan, itu dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran. Bagaimanapun Mahkamah sebentar tadi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara berkenaan, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.


AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bersama isterinya, Zizie Izette A Samad hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi mendengar kes perkahwinan mereka yang tidak mendapat kebenaran. Mahkamah sebentar tadi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Ia susulan hukuman sebulan penjara terhadap Bung Mokhtar kerana didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran. - Sumber: Bernama
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved