Konsep Suara Hati

on Saturday, April 03, 2010

Secara etimologis, suara hati, yang dalam bahasa Latin disebut conscientia, berasal dari akar kata conscire yang berarti "mengetahui bersama" atau "turut mengetahui". Manakala secara harafiah pula, suara hati adalah suara yang berasal daripada dua punca. Pertama berasal dari dalam hati atau pusat kedirian seseorang dan menegaskan benar-salahnya suatu tindakan atau baik-buruknya suatu kelakuan tertentu berdasarkan suatu prinsip atau norma moral. Manakal sumber suara hati yang kedua ialah suara yang berasal dari luar diri manusia. Suara tersebut bertanggungjawab untuk mengawal sikap manusia yang cuba menolak atau mengabaikannya sesuatu perkara yang baik. Dalam kaitan dengan ini, suara hati seringkali disebut tekad yang baik yang dapat memandu seseorang dalam melakukan sesuatu yang betul mengikut prinsip moral.

Konsep tekad baik (goodwill) adalah merupakan sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan). Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.

Menurut beliau lagi, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada sesuatu tindakan itu adalah baik atau betul berdasarkan Prinsip Perintah Mutlak. Prinsip tersebut membawa pengertian satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Selain daripada itu, pandangan ahli falsafah di atas juga turut menyatakan bahawa kantian atau hak pemandangan mengandaikan bahawa di dalam suatu prinsip moral yang universal, setiap orang mempunyai hak asas atau kebebasan yang tertentu, iaitu:

i. The right of free consent (Hak penyetujuan percuma)
Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.

ii. The right of privacy (Hak untuk bersendirian)
Setiap orang berhak untuk melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.

iii. The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati)
Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.


iv. The right of freedom (Hak untuk kebebasan)
Setiap orang berhak mengkritik suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya tidak mencabuli hak individu di dalam organisasi tersebut.

v. The right of due process (Hak process berpatutan)
Setiap orang berhak dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli.

Jadi berdasarkan kepada penjelasan-penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa konsep suara hati secara ringkas sebagai kesedaran manusia tentang kewajiban moralnya dalam situasi yang konkrit atau penegasan tentang benar-salahnya suatu tindakan manusia dalam situasi tertentu berdasarkan hukum moral. Sebagai suatu bentuk kesedaran, suara hati mementingkan pertimbangan akal fikiran yang waras dan bukan semata-mata ungkapan perasaan yang dilahirkan secara spontan meskipun sebenarnya suatu kesedaran adakalanya muncul secara spontan atau wujud tanpa disedari oleh manusia. Apa yang penting, suara hati akan menjadi pedoman atau pegangan moral manusia dalam usaha mencari jalan penyelesaian atau satu keputusan untuk bertindak.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved