Berkenalan dengan Arca

on Thursday, April 01, 2010

Arca merupakan salah satu hasil seni tampak yang dihasilkan melalui kerja-kerja pembentukan, sama ada dengan cara mengukir, melarik, mencungkil, mengguris kimpalan, binaan, cantuman skru/paku, gam, ikatan, acuan, binaan dan sebagainya. Arca berbeza dengan seni lukis kerana ia dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Ini bermakna permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Arca boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya: Arca timbul, Arca asemblaj, Arca mobail dan Arca stabail.

Pada pendapat saya, bagi membolehkan suatu hasil seni itu (khususnya arca) dapat dilihat sebagai memiliki ciri-ciri yang baik dan kreatif, arca berkenaan mestilah memiliki ciri-ciri seperti mengandungi unsur-unsur seni, memenuhi prinsip-prinsip rekaan, mengandungi penggabungjalinan elemen-elemen yang membolehkannya menyampaikan tema atau konsep dengan baik dan mampu menjalankan peranan sosiologinya.

Gambar: Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp

Arca yang baik dan kreatif mestilah memiliki aspek keindahan dan kehalusan sebagai ciri-ciri rekaannya kedua-dua ciri tersebut. Kedua-dua unsur seni ini memang tidak dapat dipisahkan dengan prinsip keharmonian dalam rekaan arca berkenaan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, keharmonian terbentuk apabila sesuatu karya itu berjaya mewujudkan situasi yang selesa kepada orang yang melihatnya. Jadi, adalah penting kepada seseorang pereka untuk menghasilkan sesuatu karya yang indah dan halus supaya orang yang melihatnya tertarik dan berasa kagum semasa melihatnya.

Seterusnya, sesuatu arca yang dihasilkan mestilah digarap dengan baik dan mematuhi prinsip-prinsip sesuatu rekaan terutamanya dari segi penegasan. Sebagai contoh, mungkin terdapat arca yang bentuk atau mesejnya agak sukar difahami dengan hanya sekali pandang, namun jika diteliti dengan baik arca ini sebenarnya dapat menegaskan tajuk karya berkenaan. Unsur-unsur inilah yang menjadikan karya berkenaan lebih menarik.
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved