Saya memang selalu kerja outstation, terutamanya ke Kota Kinabalu di mana HQ jabatan saya berada. Tak kiralah sama ada untuk mesyuarat atau bengkel. Paling tidak sebulan mesti ada 2-3 kali kerja outstation. Tu belum masuk belajar hujung minggu. Selalunya kalau outstation, mesti tinggal hotel sebab selalu jalan dengan family... dan pastinya belanja tidak kurang daripada RM500, campur sewa hotel, minyak kereta, makan. Tu memang belanja biasa untuk satu keluarga.
Nasib baik tahun lepas dah start beli rumah. Awal tahun ni dah siap. Apa lagi, fikir punya fikir, daripada bazir duit sewa hotel, baik saya isi keperluan rumah tu, so nanti boleh guna time outsation.
Jadi minggu lepas, operasi mengemas rumah mula dilakukan. Start hari Jumaat hingga Ahad.
Mula-mula tu nak beli beberapa perabot yang penting saja. Tapi fikir punya fikir, kalau anak-anak duduk rumah tu, boring juga kalau tiada apa-apa kemudahan. Maka belilah lagi beberapa perabot lain.
Dah ada perabot pula, tak lengkap kalau tak ada tv dan DCD player. Maka berkejar lagi untuk beli dua barang ni. Nasib baik ada kedai furniture berdekatan. Terus rembat TV LG dan DVD player Toshiba. Senanglah nanti anak-anak menonton DVD atau layan PS.
Untuk bilik pula, beli air-cond jenis portable. Sebenarnya ni lagi mahal daripada yang lekat di dinding tu. Tapi saja beli yang tu sebab nak yang lagi senang (beli dan terus guna).
Untuk isi kelengkapan rumah ni, terpaksa labur lebih 10K. Tu belum masuk bajet untuk pasang lampu sebab hari tu tak sempat cari kontraktor yang buat kerja-kerja tu. Tak kisahlah labur sekali macam ni, lebih baik daripada saya labur duit untuk sewa hotel yang kalau dikumpul, rasanya lebih 20K setahun.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment