Konsep-Konsep Penting Pengajaran

on Thursday, January 21, 2010

Kemahiran Membaca
Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.

Kemahiran Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.


Kemahiran Generik
Kemahiran generik merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat atau ICT dan kemahiran fasilitator atau pemudahcara.

Kecerdasan Pelbagai
Konsep kecerdasan pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada 1983. Terdapat sembilan kecerdasan utama yang dicadangkan oleh beliau. Kecerdasan tersebut ditunjukkan pada rajah berikut:

Strategi Pengajaran Bestari
Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran bahasa Melayu secara bestari. Strategi-strategi tersebut termasuklah, direktif, pemerhatian, generatif, mediatif, koperatif dan kolaboratif, konteks luar, metakognitif, kontekstual, dan berasaskan kajian masa depan. Secara ringkasnya strategi tersebut ditunjukkan pada rajah berikut:
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved