Jane Goodal (1934 - )
Biografi
Jane Goodall lahir di London pada 3 April 1934 dan membesar di Bournemouth. Sejak kecil lagi dia sangat menyukai binatang dan dikatakan bahawa dia pernah bersembunyi di dalam reban ayam sepanjang hari semata-mata untuk melihat ayam itu bertelur. Itu adalah permulaan kepada eksplorasinya dalam kehidupan binatang. Jane mengimpikan untuk tinggal di Afrika bersama-sama dengan binatang di sana. Ibu Jane telah memberikan dorongan kepadanya bahawa jika dia betul-betul menginginkan sesuatu dia kenalah berkerja keras, mengambil semua peluang dan tidak berputus asa, nescaya dia akan mendapatkannya. Ini adalah kontras pada pendapat bahawa wanita tidak boleh melakukan semua perkara sebaik lelaki.
Bermula sejak itu Jane tidak lagi berputus asa untuk memenuhi impiannya pergi ke Afrika. Semasa melanjutkan pelajarannya di peringkat sijil tinggi, dia telah diajaak oleh seorang temannya untuk berkunjung ke kenya. Selepas menabung selama beberapa tahun, dan ketika itu umurnya 23 tahun, Jane telah mengembara ke Kenya dengan hanya menaiki bot. Semasa di Kenya dia telah mendapat tahu tentang Dr. Louis Leakey, seorang antropologis yang terkenal kerana penemuannya terhadap manusia zaman awal di Olduvai Gorge. Jane kemudiannya membuat temujanji dengan doktor itu. Setelah bertanyakan banyak soalan mengenai Afrika dan binatang-binatang yang terdapat di situ, Dr. Leakey mengupahnya sebagai pembantu. Bersama-sama dengan Dr. Leakey dan isterinya Mary, mereka berlepas ke Olduvai Gorge untuk ekspidisi mencari fosil.
Selepas 3 bulan di Olduvai Gorge, Jane dan Dr. Leakey akhirnya berbincang untuk melakukan kajian terhadap chimpanzi di pantai Tasik Tanganyika. Dr. Leakey akhirnya memilih Goodall untuk melakukan kajian terhadap chimpanzi di tasik Tanganyika. Awalnya kerajaan British agak ragu dengan idea di mana seorang wanita muda tinggal bersama binatang liar tetapi akhirnya bersetuju apabila ibu Jane bersetuju untuk menemaninya bagi tiga bulan yang pertama. Pada bulan Julai 1960, Jane dan ibunya tiba di tasik Tanganyika. pemerhatian terhadap chimpanzi agak menghampakan pada mulanya kerana chimpanzi tersebut takut dan melarikan diri daripadanya. Setiap hari Goodall mencari hutan tetapi memutuskan untuk tidak pergi terlalu dekat. Kadang-kadang dia melihat melalui puncak-puncak tinggi tapi dia tidak pernah mahu datang terlalu dekat. Tekniknya itu agak kontroversi. Dia kemudiannya menetapkan chimpanzi itu berdasarkan kepada bilangan mereka dan membuat stesyen makanan (pisang) untuk menarik perhatian chimpanzi tersebut supaya keluar ke kawasan terbuka.
Jane Goodall merupakan satu-satunya pelajar yang terpilih untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran oleh University Cambridge, England walaupun tidak menghabiskan masa 4 tahun di kolej.
Sumbangan Jane Goodal Terhadap Perkembangan Dan Kemajuan Bidang Psikologi
Penemuan Jane Goodall
Hasil daripada pemerhatiannya terhadap chimpanzi, Jane telah berjaya menemui banyak perkara mengenai kelakuan dan perbuatan chimpanzi itu. Chimpanzi didapati banyak persamaan dengan manusia. Pada Oktober 1960, Jane menemui alat yang dipercayai digunakan oleh chimpanzi. Chimpanzi menggunakan ranting-ranting kayu untuk memancing anai-anai. Penemuan ini telah mencabar pendapaat yang menyatakan bahawa manusialah sahaja makhluk di dunia yang tahu menggunakan alat.
Daripada kajiannya terhadap perkembangan chimpanzi, dia mendapati bahawa perkembangan chimpanzi ada persamaan dengan perkembangan manusia. Seperti kanak-kanak, chimpanzi juga didapati ada yang membesar dengan cepat dan ada yang tidak. Ibu-ibu chimpanzi pula didapati ada yang membiarkan dan ada juga yang membiarkan anak-anak mereka bermain-main. Keadaan ini serupa dengan manusia.
Jane juga mendapati bahawa ekspresi muka dan cara panggilan chimpanzi itu berkaitan juga dengan emosi seperti manusia. Dia juga mendapati bahawa chimpanzi menggunakan objek-objek di sekelilingnya untuk tujuan menghumban, alat untuk memeriksa, senjata, alat untuk memakan semut dan anai-anai, span, tisu tandas dan lain-lain lagi.
Seperti manusia, Goodall mendapati bahawa chimpanzi adalah omnivor seperti manusia. Mereka memakan sayur, serangga, telur burung dan juga daging. Ia juga memburu binatang lain seperti babun, kera ekor merah, monyet biru dan banyak lagi.
Goodall juga mendapati bahawa chimpanzi betina dominan kadang-kadang membunuh cimpanzi betina lain termasuk yang muda untuk mengekalkan pendominasiannya.
Hasil kajian Jane Goodall tentang chimpanzi ini telah membuka mata semua pihak bahawa memang ada persamaan antara manusia dengan binatang itu. Persamaan itu pula adalah dari segi cara mereka menggunakan objek di sekeliling mereka sebagai alat untuk memudahkan aktiviti harian mereka. Selain daripada itu, chimpanzi juga mempunyai persamaan dengan manusia dari segi menyampaikan emosi dan perkembangan hidupnya.
Secara keseluruhannya, Jane Goodall telah menepis pendapat-pendapat terdahulu yang menyatakan manusia adalah satu-satunya makhluk di dunia yang tahu menggunakan alat untuk melakukan aktiviti harian mereka.
{ 0 Respon... read them below or add one }
Post a Comment