Dengungan Nyamuk tidak Setanding Dentuman Guruh

on Friday, January 08, 2010

Siapa tidak tahu nyamuk? Mesti semua kenal.


Bagi sesetengah orang suara itu terlalu kecil berbanding dentuman guruh. Namun jangan kita lupa, suara dengungan seekor nyamuk yang terbang dekat dengan telinga ketika kita hendak tidur akan menjadi satu suara yang sangat mengganggu. Bahkan boleh membangunkan kita daripada tidur nyenyak. Itu belum termasuk gigitannya.

Begitulah ibaratnya seorang manusia. Adakalanya kita terlalu memandang ringan terhadap keupayaan orang lain sehingga mengabaikan setiap suara yang lahir daripada mereka. Tapi jangan kita lupa, tidak mustahil suara itu nanti lebih kuat daripada dentuman guruh yang membingitkan gegendang telinga!
Ranking: 5

{ 1 Respon... read them below or add one }

Anonymous said...

Thank you 4such an insightful reminder...2me, it's a reminder of hw great d potential of a child have ...2appreciate n guide them instead of limiting their direction...


3/18/2010 5:23 PM

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved