Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Hadiah Utama Unduk Ngadau 2013 RM120,000

on Saturday, May 11, 2013

Hadiah utama pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri tahun ini bernilai 40,000 USD atau kira-kira RM120,000 ditaja oleh Syarikat Star Cruise. Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Peringkat Negeri Joanna Datuk Kitingan berkata hadiah utama itu adalah untuk pemenang pertama hingga ketujuh.

“Selain itu hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama juga dinaikkan sehingga RM6,000 berbanding RM4,000 pada tahun sebelumnya.

“Manakala pemenang Tati Topiod (Miss Natural Beauty) dan Tati Tosuau (Miss Friendly) akan ditaja oleh Diamoney dan Digi akan menaja Unduk Ngadau Popular Kaamatan,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien, di sini, pada malam Isnin.

Joanna berkata, pendaftaran peserta Unduk Ngadau 2013 peringkat negeri akan diadakan pada 27 Mei (Isnin) di Hotel Le Meridien bermula jam 8 pagi. Selepas pendaftaran pelbagai program akan diadakan termasuk Sodop Pintutunan, lawatan sambil belajar di Muzium Sabah dan aktiviti amal.


“Sodop Pintutunan (Welcoming Dinner) akan diadakan pada jam 7 malam, 27 Mei untuk merai ketibaan para peserta serta penyerahan sash oleh Puan Sri Genevieve Kitingan.

“Pada hari kedua para peserta Unduk Ngadau akan mengikuti program di Muzium Sabah di mana mereka akan diberikan taklimat mengenai pelancongan berasaskan budaya oleh pengarah Muzium Sabah. Ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sebelum mereka menyertai pertandingan Unduk Ngadau pada 31 Mei.

“Selain itu ia juga penting untuk para peserta mempelajari “Unduk Ngadau” bukan sekadar gambaran Huminodun seperti dalam Legenda Huminodun tetapi mereka mewakili masyarakat serta daerah masing-masing,” katanya.

Joanna berkata, antara peranan sebagai “Unduk Ngadau” ialah menjadi duta pelancongan kebudayaan di negeri ini.

“Oleh itu mereka harus mempunyai pengetahuan mengenai sejarah dan budaya negeri ini. Bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kebudayaan, mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Muzium dan Kampung Warisan Muzium Sabah,” katanya.


Selain itu, bagi meningkatkan motivasi dan penampilan diri para peserta yang kebanyakannya gadis-gadis muda dan masih belajar di institut pengajian tinggi, jawatankuasa penganjur turut menjemput seorang penceramah motivasi untuk memberikan motivasi kepada bakal Unduk Ngadau.

“Dalam masa lima hari sebelum pertandingan, mereka akan diadili melalui sikap, personaliti dan kemesraan terhadap orang di sekeliling mereka untuk memilih Tati Topiod (Miss Natural Beauty) dan Tati Tosuau (Miss Friendly),” katanya.

Sodop Unduk Ngadau (Malam Unduk Ngadau) akan diadakan pada 29 Mei. Tiket-tiket berharga RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 untuk satu meja kini dijual.

Maklumat lanjut mengenai tiket Sodop Unduk Ngadau, hubungi Teresa Molidu (013-868 6003), Philomena Engsun (019-8624803) atau pejabat KDCA Penampang 088-720337.

Menteri Kabinet Negeri Sabah Tahun 2013

on Friday, May 10, 2013

Berikut adalah senarai Kabinet Baharu Kerajaan Negeri Sabah yang dilantik pada tahun 2013, iaitu selepas Barisan Nasional Sabah menang majoriti 2/3 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dalam kabinet baharu ini telah mewujudkan Kementerian Tugas-tugas Khas yang menggantikan Kementerian di Jabatan Ketua Menteri. Portfolio itu disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang yang menggantikan ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri.


Senarai Exco Kabinet Sabah Terkini (2013)

Ketua Menteri: Datuk Seri Musa Aman

Musa Aman 
Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah

 
Timbalan Ketua Menteri:
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah

Kementerian Kewangan
Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang

Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Yahya Hussin
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli

Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri: Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu menteri:
1. Datuk Bolkiah Ismail

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri: Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru)

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Nyuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)

Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri: Datuk Teo Chee Kang (muka baru)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Edward Yong Oui Fah
3. Datuk Ellron Angin

Kementerian Luar Bandar
Menteri: Datuk Radin Malleh (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Kabang (muka baru)

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri: Datuk Siringan Gubat (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Samad (muka baru)

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah (muka baru)

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru)


Klik SINI untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.

Gambar-Gambar Pesta Bengkoka Pitas 2012

on Friday, June 01, 2012

Pesta Bengkoka Pitas 2012 yang diadakan pada 25-27 Mei sudahpun berakhir. Jadi saya tidak akan menulis panjang lebar tentang pesta berkenaan. Sekadar ingin berkongsi beberapa lagi gambar yang sempat diambil sepanjang tiga hari pesta. Bagaimanapun kalau hendak mengetahui lebih lanjut, boleh juga baca di blog kulanzsalleh.com.
 
 


 
 

 
 

 
© Just Another Story All Rights Reserved