Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)

on Wednesday, April 10, 2013

Pilihan Raya Umum ke-13Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tengah hari tadi telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon pilihan raya umum ke-13 ialah pada 20 April 2013. Hari pengundian pula ditetapkan pada Ahad 5 Mei 2013
manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April 2013. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari berbanding tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

  • Penamaan Calon – 20 April 2013 (Sabtu) 
  • Hari Mengundi Awal – 30 April 2013 (Selasa) 
  • Hari Mengundi – 5 Mei 2013 (Ahad) 
Dalam pilihan raya umum kali ini seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), daripada jumlah itu, 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. PRU-13 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved