Permohonan Pertukaran Guru Jun 2012

on Monday, March 26, 2012

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.



Permohonan boleh dikemukakan melalui laman sesawang e-GTukar: http://apps.moe.gov.my/epgo/. Untuk mengisi borang permohonan, pastikan anda menggunakan pelajar Internet Explorer.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM 2012

on Friday, March 23, 2012

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

1.  KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
-  Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/Tiga Semester)
-  Program Ijazah (Empat Tahun/Lapan Semester)
 
3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
-  Warganegara Malaysia.
-  Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau
    selepas 30 Jun 1992.
-  Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
-  Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
-  Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
    mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN
-  sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut:

    -  Bahasa Melayu
    -  Sejarah
    -  Satu mata pelajaran yang lain; serta;
    -  lulus Bahasa Inggeris
-  Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
   (Rujuk e-Panduan Permohonan).

4.  PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
-  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
    -  Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru
       (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai
       bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

    -  Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama
        lapan belas bulan/tiga semester di institusi berkenaan.

    -  Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti
        Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun/lapan semester
       di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian
       Pelajaran Malaysia.


5.  BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
-  Sekolah Kebangsaan (SK)
-  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
-  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)


PILIHAN BIDANG PENGAJIAN
Sila pastikan anda memenuhi syarat umum permohonan dan juga syarat khusus Bidang Pengajian yang dipilih supaya permohonan anda tidak ditolak. Anda dibenarkan membuat  dua  pilihan sahaja daripada Bidang Pengajian yang ditawarkan. Sila susun pilihan mengikut keutamaan.

BIL KOD BIDANG BIDANG YANG DITAWARKAN
1 S050M0000P Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC)
2 S060M0000P Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKT)
3 S010E0000P Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (SK)
4 S050E0000P Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (SJKC)
5 S060E0000P Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (SJKT)
6 S010A0000P Bahasa Arab Pendidikan Rendah (SK)
7 S010T0000P Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SK)
8 S010C0000P Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SK)
9 S010B0000P Bahasa Iban Pendidikan Rendah (SK)
10 S010K0000P Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah (SK)
11 S051M0000P Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)
12 S061M0000P Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)
13 S051S0000P Sains Pendidikan Rendah (SJKC)
14 S061S0000P Sains Pendidikan Rendah (SJKT)
15 S017B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (SK)
16 S057B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (SJKC)
17 S067B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (SJKT)
18 S016S0000P Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah (SK)
19 S056S0000P Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)
20 S066S0000P Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)
21 S057K0000P Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
22 S067K0000P Bimbingan dan Kaunseling (SJKT)
23 S015A0000P Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK)
24 S016V0000P Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SK)
25 S056V0000P Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)
26 S066V0000P Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)
27 S016J0000P Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SK)
28 S056J0000P Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)
29 S066J0000P Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)
30 S057C0000P Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah (SJKC)
31 S067C0000P Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah (SJKT)
32 S017M0000P Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SK)
33 S057M0000P Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)
34 S067M0000P Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)
35 S057R0000P Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)
36 S067R0000P Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)

6.  CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2012.
  • Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7.  MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG

Maklumat lanjut permohonan, sila layari:
http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/index.cfm

Hubungan Keluarga Terjejas Gara-gara Video Lucah

on Tuesday, March 13, 2012

Rasanya sudah ramai tahu kontroversi video bogel di beberapa laman blog yang dikatakan mirip Melia Aimiellia (Melia). Saya tidak akan mengulas tentang perkara tersebut cuma ingin berkongsi berita berkenaan   yang kononnya kontroversi tersebut telah menyebabkan hubungan keluarga Melia terjejas.

Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.

Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, susulan kecaman dan pertikaian anggota keluarga yang lain, mereka sekeluarga kini lebih selesa untuk menghadapi situasi genting itu tanpa sokongan dan kepercayaan ahli keluarga yang lain.

“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak.

Melia berkata ekoran impak terburuk yang melanda keluarganya itu, dia bertekad untuk tidak melepaskan pengendali blog berkenaan yang bertanggungjawab sehingga mencetuskan kontroversi ini.

“Terlalu banyak percanggahan fakta pada kenyataan yang dikeluarkan pengendali blog itu pada akhbar tersebut. Saya mempunyai bukti dan rekod perbualan kami sebelum ini.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang terjejas tanpa sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.

Pengendali sebuah laman blog hiburan pada Isnin membuat pendedahan di sebuah akhbar dengan menafikan telah membuat teknik pertindihan gambar (superimpose) terhadap wajah Melia Aimiellia untuk dikeluarkan pada blog berkenaan.

Ia sebagai menepis dakwaan artis tersebut yang menuduh mereka cuba menjatuhkannya dengan melakukan tenik tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis bloq ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.

Sumber: mstar.com.my

Kalau memang tidak bersalah apa nak ditakutkan, betul tak? Semoga Melia dapat pengadilan yang sewajarnya.

Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun untuk Siswazah

Kerajaan Jepun dengan kerjasama Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (Jagam) menawarkan sebuah biasiswa untuk kursus sarjana atau PhD bagi kemasukan April 2013.

Presiden Jagam, Phua Lee Kerk berkata, rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun pada 1 April, 2013 dan pemegang ijazah dengan pendidikan formal selama 16 tahun atau mahasiswa tahun akhir di universiti masing-masing layak memohon.

Pemohon hendaklah mempastikan borang yang telah dipenuhi diserahkan sebelum 4 petang 30 Mac dan borang permohonan boleh dimuat turun dari www.jagam.org.my, kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sepanjang tempoh biasiswa, penerima akan diberikan elaun bulanan kira-kira 143,000 yen sementara yuran dan tuisyen di universiti akan dikecualikan dan tiket pergi balik akan juga disediakan.

"Kami bangga dapat melaksanakan program ini dan dengan ikhlas menghargai komitmen Kerajaan Jepun terhadap pendidikan rakyat Malaysia,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi JAGAM di 03-78774312 atau e-mel ke jagamkl@gmail.com. 

Sumber: BERNAMA

SBPA Dimansuhkan, SSM Ditambahbaik

on Thursday, March 08, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Sumber: Malaysiakini

Keputusan STPM diumumkan 7 Mac 2012

on Thursday, March 01, 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan 7 Mac 2012.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. - BERNAMA

Pendaftaran Calon Persendirian SPM, SPMU Mula Dibuka

Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2012 dibuka mulai Khamis.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir pendaftaran ialah 31 Mac.

Pendaftaran boleh dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat.

Menurut LPM, borang pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman webnya di http://www.moe.gov.my/lp

Sumber: http://mstar.com.my

Cikgu ‘kung fu’ Guru Besar

Terkejut juga membaca berita seorang guru sekolah bergaduh dengan guru besar hingga melibatkan tumbuk-menumbuk atau istilah yang digunakan 'kung fu'. Saya sendiri tidak dapat memberikan rumusan tentang perkara ini sebab tidak tahu sangat pokok pangkalnya. Bagaimanapun saya kongsikan beritanya di sini dan terpulanglah kepada pembaca untuk menilai sendiri.

GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi 'kung fu' antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.

“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. Sumber
 
© Just Another Story All Rights Reserved