Tawaran Mengikuti Latihan Perguruan di Bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2012

on Monday, February 13, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka iklan Tawaran Mengikuti Latihan Perguruan Di bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2012 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT).

Maklumat Permohonan:
Tarikh Tutup: 24 Februari 2012
Tempat: Universiti di Jepun
Tempoh: Oktober 2012 – March 2014 (18 bulan)
Kategori: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Syarat-syarat Permohonan:
Calon-calon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh :
a) Kementerian Pelajaran Malaysia – Syarat-syarat cuti belajar
b) Pihak penganjur – Kenyataan Media di Lampiran B dan Teacher Training Guideline

Layari laman sesawang KPM atau sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut.

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru PPPLD Februari 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan dan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD telah boleh disemak di http://apps.moe.gov.my/kdp/PPG_2012/PPGTAWAR/.


Sila beri maklumbalas,muat turun dan cetak surat-surat dan bahan yang disediakan bagi mereka yang berjaya ditawarkan. Sebarang pertanyaan berkenaan program sila hubungi pihak Bahagian Pendidikan Guru di 03-8884-1269/1270/1272/1053.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Bull's Eye Programme

on Monday, February 06, 2012

Salah satu karya kreatif yang pernah cikgu hasilkan untuk Pejabat Pelajaran Daerah Pitas. Gambar ini diberikan sebagai cenderamata kepada penceramah "Bull's Eye Programme" untuk meningkatkan pencapaian murid sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.


Living Things Have Their Basic Needs

on Saturday, February 04, 2012

Berikut adalah salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang pernah saya hasilkan pada tahun 2007. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini pada asalnya disediakan dalam format (*.ppt) Powerpoint Presentation. Bagaimanapun untuk memenuhi keperluan semasa, saya telah menukarkan format sedia ada kepada format flash bagi memudahkan bahan ini dimuat-naik ke ke blog ini dan dapat diakses oleh pengguna lain secara atas talian.

Mata Pelajaran: Sains
Kelas: Tahun 4
Topik: Living Things Have Basic Needs
Sub Topik: Animals
Format Bahan: Flash

Untuk mengakses bahan tersebut, anda hanya perlu klik pada gambar berikut.


Sebelum mengakses bahan ini, sila pastikan pelayar yang anda gunakan telah ditambah dengan fungsi 'Adobe Flash Player' sekiranya belum, anda boleh muat-turun perisian tersebut di SINI.

Selain daripada bahan dalam format flash di atas, saya juga telah memuat-naik fail asal yang masih menggunakan format Powerpoint Presentation. Bahan tersebut boleh dimuat-turun di SINI.

Selamat Datang ke Blog Info Pendidikan

on Wednesday, February 01, 2012

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan anda ke Blog eDidik. Blog ini diwujudkan bagi berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh semua guru dan murid yang mengikuti Sistem Pendidikan di Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut, saya akan kongsikan bahan-bahan terkini dan relevan dengan sukatan pelajaran terkini, terutamanya KSSR.

Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk menyampaikan dan menghebahkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan, isu-isu semasa dan perbincangan lain yang berkaitan pendidikan, khususnya yang memberi tumpuan kepada negara Malaysia.

Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua pengguna, sama ada guru mahupun pelajar.

Terima kasih
 
© Just Another Story All Rights Reserved