Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012

on Wednesday, April 25, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Bawah Penuh Tahun 2012 untuk pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 boleh dibuat di laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia Bermula 25 April 2012 (Rabu).

Untuk semakan, anda hanya perlu klik pada gambar di atas atau lawati melalui URL ini: http://apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/.

Selamat berjaya diucapkan kepada semua yang terlibat.

Bentuk-Bentuk Tenaga

on Monday, April 23, 2012

Mata Pelajaran : Sains
Kelas : Tahun 5
Bidang : Menyiasat Alam Fizikal
Topik : Tenaga
Sub Topik : Bentuk Tenaga

Objektif : Mengetahui tenaga wujud dalam pelbagai bentuk
Objektif Spesifik : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat:

  1. Menyatakan dengan tepat sekurang-kurangnya 5 bentuk tenaga.
  2. Kepentingan perubahan tenaga kepada manusia

Isi Kandungan Pelajaran
Isi kandungan/nota pembelajaran boleh dimuat turun dalam format PDF (di SINI)

Bahan Pembelajaran
Muat turun dalam bentuk PowerPoint Presentations 2007 di SINI

Lagi Gempa Bumi di Indonesia

on Saturday, April 21, 2012

Pada 11 April, kejadian panik telah melanda Indonesia selepas perairan utara Sumatra telahpun digegarkan dengan gempa bumi kuat sehinga mencapai magnitud 8.9. 

Hari ini, Indonesia digegarkan sekali lagi akibat kejadian gempa bumi. Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.14 pagi ini. Pusat gempa itu terletak di 296km barat daya Simeulue, Indonesia, dan 790km di barat daya Kampar, Perak. Kemudian gempa susulan dengan kekuatan 7.0 pada skala Richter juga turut berlaku di rantau Irian Jaya pukul 9.16 pagi. Pusat gempa yang kedua itu terletak di 377km tenggara Sorong, Indonesia, dan 1,903km di tenggara Semporna, Sabah. 

Mujurlah kedua-dua gempa bumi ini tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Kuala Lumpur International Book Fair 2012

on Thursday, April 19, 2012

Organised by the Ministry of Education, Malaysia through the National Book Council of Malaysia (MBKM), together with the cooperation from Malaysian Book Associations that comprises of the major players of the local book industry, KLIBF is definitely of the major events in the global publishing calendar. Now in its 31st year, KLIBF provides a networking opportunity to meet with the local and international publishing community. 


More info: www.kualalumpurbookfair.my

Kepentingan Tenaga Kepada Hidupan

on Tuesday, April 17, 2012

Mata Pelajaran : Sains
Kelas : Tahun 5
Bidang : Menyiasat Alam Fizikal
Topik : Tenaga
Sub Topik : Keistimewaan Tenaga

Objektif : Mengetahui kepentingan tenaga kepada manusia
Objektif Spesifik : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat:

  1. Menerangkan kegunaan tenaga pada kehidupan;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 sumber tenaga utama.

Isi Kandungan Pelajaran
Isi kandungan/nota pembelajaran boleh dimuat turun dalam format Words 2007 (di SINI) dan juga PDF (di SINI)

Bahan Pembelajaran

  1. Bahan pembelajaran secara online boleh diakses di SINI
  2. Muat turun dalam bentuk PowerPoint Presentations 2007 di SINI

Gempa Bumi di Sumatera

on Wednesday, April 11, 2012

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.6 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur. 


Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan. Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India. 

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. 

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu. Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit. Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. 

Sumber: Malaysiakini

Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online

on Saturday, April 07, 2012

Sukacita dimaklumkan Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online telah dikuatkuasakan penggunaannya secara menyeluruh oleh Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, BPSH. Sebarang masalah seperti lupa katalaluan dan pendaftaran sekolah baru, sila hubungi JPN yang menyelia SSDM di negeri masing-masing. Pautan Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online di SINI.


Pastikan pengguna melayari laman sesawang tersebut menggunakan pelayar Internet Explorer.


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
© Just Another Story All Rights Reserved