Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mengemukakan borang permohonan beserta dokumen lengkap bagi mengikuti Kursus Perguruan kini boleh menyemak keputusan. Tawaran Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih Ambilan ke-2 Disember 2011 boleh disemak melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/
Home > Archives for January 2012
Semakan Tawaran Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan ke-2 Dis 2011
Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Friday, January 27, 2012
Bantuan RM5,000 - RM10,000 Baiki Rumah Nelayan
Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Thursday, January 26, 2012
Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan peruntukan antara RM5,000 dan RM10,000 untuk membaik pulih rumah kaum nelayan. Kononnya usaha ini dilakukan bagi membela nasib golongan itu di seluruh negara.
Sambil menegaskan nasib golongan itu akan terus dibela di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), Najib berkata beliau difahamkam bahawa borang permohonan untuk inisiatif yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi itu sedang diedarkan melalui persatuan-persatuan nelayan.
“Nak buat rumah baharu boleh, tapi saya dengar khabar nelayan ni tak boleh tidur kalau tak dengar bunyi ombak, mesti tepi laut, nak pindah(kan ke kawasan lain) susah.
“Jadi, sebahagian daripada RM300 juta kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh negara,” kata Najib ketika melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan bertujuan membantu golongan nelayan, di Tanjung Lumpur di sini.
Perdana Menteri merujuk kepada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Oktober lepas. (Sumber: New Sabah Times)
Rakyat memang perlu berterima kasih di atas bantuan ini. Walau bagaimanapun, sebagai membuktikan keikhlasan kerajaan beberapa perkara/cadangan perlu diambil kira.
1. Tubuhkan badan khas pemantau untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.
2. Selain merujuk kepada kelayakan, rujuk juga senarai penerima bantuan sebelum ini. Takkan orang yang sama menerima bantuan banyak kali.
3. Pantau semula bantuan yang pernah diberikan sebelum ini sama ada masih dimiliki oleh penerima atau telah diserahkan/dijual kepada orang lain.
Saya tidak ingin menafikan hak dan kelayakan sesiapa, sekadar berkongsi pandangan hasil daripada pemerhatian sebelum ini.
Kitaran Hidup: Jangka Hayat Sebuah Basikal di New York City dalam Tempoh 365 Hari
Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Sunday, January 22, 2012
Hari ini terjumpa satu artikel yang pada saya menarik untuk dikongsikan. Satu projek yang dinamakan "Life-Cycle: 365 Days In The Life Of A Bike In NYC" dan dilakukan oleh firma Red Peak dengan kerjasama Hudson Urban Bicycles. Projek ini dimulakan pada 1 Januari 2011 dan berakhir pada 31 Disember 2011. Tujuannya adalah untuk menguji masyarakat New york dan melihat berapa lama basikal tersebut kekal di tempat ia diletakkan sebelum hilang dicuri.

Pada hari pertama basikal yang sempurna diletakkan di tepi jalan dan dikunci, lengkap dengan bakul, lampu, botol air dan beberapa aksesori lain. Setiap hari selama 365 hari, mereka mengambil gambar basikal berkenaan dan memerhatikan perubahan yang dapat dilihat.

Saksikan video bagi projek yang dimaksudkan.
Sumber
Daripada projek ini orang ramai berpendapat bahawa masih selamat lagi menyimpan basikal berkunci semalaman di hadapan jalan di rumah di Bandaraya New York. Kalau di Malaysia, agak-agak berapa lama basikal yang ditingkalkan di luar boleh bertahan sebelum dicuri?

Pada hari pertama basikal yang sempurna diletakkan di tepi jalan dan dikunci, lengkap dengan bakul, lampu, botol air dan beberapa aksesori lain. Setiap hari selama 365 hari, mereka mengambil gambar basikal berkenaan dan memerhatikan perubahan yang dapat dilihat.

Saksikan video bagi projek yang dimaksudkan.
Sumber
Daripada projek ini orang ramai berpendapat bahawa masih selamat lagi menyimpan basikal berkunci semalaman di hadapan jalan di rumah di Bandaraya New York. Kalau di Malaysia, agak-agak berapa lama basikal yang ditingkalkan di luar boleh bertahan sebelum dicuri?
Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi
Ditulis oleh: Kulanz Salleh
Peluang baik bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:
1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka), Education Malaysia Australia
2. Pengarah Gred 48/52 (Terbuka), Education Malaysia Chicago
3. Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia
- Dubai
- Ho Chi Minh City
- Indonesia
4. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia
- Indonesia
- London
- Australia
- New Zealand
- Mesir
- Washington
- Los Angeles
- Chicago
- Jordan
5. Atase Pendidikan (Bimbingan Agama) Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia
- London
- Washington D.C.
- Australia
- Chicago
6. Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia
- Dubai
- Indonesia
- Beijing
- Ho Chi Minh City
Tarikh tutup: 15 Februari 2012 (Rabu)
Maklumat lanjut, syarat dan borang permohonan boleh diperoleh di laman sesawang: Kementerian Pengajian Tinggi
Kesatuan Guru Bantah Penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Wednesday, January 18, 2012
Sebanyak 27 kesatuan dan persatuan guru sebulat suara menolak cadangan penempatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di Kementerian Pelajaran dan agensi di bawahnya.
Klik pada gambar untuk besarkan saiz.
Sumber gambar: Perkhidmatan Pelajaran
Klik pada gambar untuk besarkan saiz.
Sumber gambar: Perkhidmatan Pelajaran
10 Syarat Perhimpunan Bebaskan Anwar 901
Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Saturday, January 07, 2012
Walaupun Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah memberi kebenaran kepada Penyokong Anwar Ibrahim meneruskan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah pada 9 Januari nanti (Gerakan 901), tetapi PDRM menetapkan 10 syarat yang perlu dipatuhi.
Syarat-syarat tersebut ialah:
1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.
2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.
4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.
5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.
7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Sumber: Malaysiakini
Karnival Jom Masuk U
Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Tuesday, January 03, 2012
Kementerian Pengajian Tinggi sekali lagi bakal mengadakan Karnival Pengajian Tinggi Negara (Jom Masuk U) bagi sesi 2012. Beberapa aktiviti menarik yang diadakan sepanjang karnival tersebut termasuklah: Pameran Pendidikan, Informasi Kemasukan, Kuiz "Jom Masuk U", Cabutan Perdana/Bertuah, Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara, Seminar Sehari Bersama Pemimpin Masyarakat dan banyak lagi..
Maklumat lanjut berkenaan program boleh diperoleh di laman web rasmi Kemasukan IPTA





