Elaun Aidil Fitri nelayan dibayar awal

on Saturday, September 04, 2010

Elaun sara hidup bulanan bagi 60,000 nelayan pantai di seluruh negara akan dibayar lebih awal iaitu pada 8 September ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut seminggu lagi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, pada kebiasaannya elaun sebanyak RM200 itu dibayar pada setiap 15 haribulan.

"Diharapkan nelayan terbabit akan menggunakan wang itu secara berhemah ketika menyambut Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama persatuan nelayan kawasan (PNK) di sini malam tadi.

Sumber: Kosmo online
Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved