Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

on Thursday, November 07, 2013

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. 

Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.


Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia.

Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)


Bantuan Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam Sabah

on Wednesday, July 31, 2013

Sebelum ini, kakitangan awam seluruh Malaysia dan juga Selangor telah mendapat pengumuman gembira berhubung bantuan kewangan RM500 sempena Aidilfitri tahun ini.

Pada hari ini pula, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut mengumumkan kenaikan gaji kepada semua penjawat awam di negeri ini di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri turut mengumumkan bantuan kewangan khas RM500 kepada penjawat awam gred satu sehingga 54 sempena Aidilfitri. Walau bagaimanapun setakat ini tidak pula dinyatakan bilakah bantuan kewangan tersebut akan dibayar. Jika ada info nanti, akan dimaklumkan kelak.

Bantuan Kewangan Sempena Raya 2013 Sabah

Sistem e-Operasi

on Tuesday, July 30, 2013

Hari ini saya menghadiri Bengkel e-Operasi peringkat daerah bersama Penolong Kanan 1 sekolah. Ini adalah kali pertama saya menghadiri verifikasi sistem ini. Sebelum ini memang kurang mahir tentang aplikasi atau sistem e-Operasi ini. 

Mujurlah, sistem ini juga lebih kurang dengan Sistem maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP) atau EMIS yang masih berkisar tentang pengurusan maklumat guru, sekolah dan murid. Jadi tak adalah kekok sangat.

Untuk makluman, Sistem e-Operasi ini boleh diakses di url berikut: http://apps.moe.gov.my/eoperasi/
Ramai juga beranggapan bahawa sistem seperti ini adalah satu lagi bentuk bebanan tugas terhadap guru-guru. Namun pada saya sendiri, ia bukanlah satu bebanan yang sangat berat kerana sistem seperti ini tidak perlu diuruskan setiap hari. Hanya jika ada keperluan kemaskini atau keperluan data barulah ianya akan digunakan.

Cuma apa yang kadang membebankan ialah apabila terdapat sekolah-sekolah di Malaysia, terutamanya di luar bandar dan pedalaman yang masih tidak dilengkapi dengan talian internet yang memuaskan. Bayangkan sahaja sistem ini diakses dengan kelajuan internet sekitar 512 kbps maksimum (walaupun kononnya 2 mbps yang dibekalkan). Pastinya ianya akan menjadi suatu bebanan kepada guru-guru yang menguruskan sistem seperti ini.

Jadi, adalah diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji semula bekalan talian internet di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman supaya supaya semua sekolah dapat memanfaatkan kemudahan ICT di sekolah. Dengan itu juga, secara tidak langsung akan dapat mencapai salah satu daripada 11 Anjakan Pembangunan Pendidikan.

Malaysia Public Holiday 2014

on Saturday, July 27, 2013

Siapa yang tidak suka cuti. Pasti semua mahu, kan? Cuti umum atau public holiday adalah hari tidak bekerja yang rasmi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyat. Berikut ialah kalender cuti umum Malaysia bagi tahun 2014.

Kalender Cuti Umum Tahun 2014


DATE
HOLIDAY
APPLICABLE TO
1 Jan (Wed)
New Year
All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Tue)
Prophet Muhammad's Birthday (Maulidur Rasul)
National
14 Jan (Tue)
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday

15 Jan Wed)
Replacement holiday for Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday

19 Jan (Sun)
Sultan of Kedah's Birthday
Kedah only
Jan (TBC)
Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
31 Jan (Fri)
Chinese New Year
National
1 Feb (Sat)
Chinese New Year (2nd Day)
National except Kelantan and Terengganu
1 Feb (Sat)
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
3 Feb (Mon)
Replacement holiday for Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
4 Mar (Tue)
Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu

15 Apr (Tue)
Declaration of Malacca as a Historical City
Malacca only
18 Apr (Fri)
Good Friday
Sabah & Sarawak only
19 Apr (Sat)
Sultan of Perak's Birthday
Perak only
26 Apr (Sat)
Sultan of Terengganu's Birthday
Terengganu only
1 May (Thu)
Labour Day
National
7 May (Wed)
Hari Hol Pahang
Pahang only
13 May (Tue)
Vesak Day
National
17 May (Sat)
Raja Perlis' Birthday
Perlis only
27 May (Tue)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
30 May (Fri)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
31 May (Sat)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
1 Jun (Sun)
Hari Gawai
Sarawak only
2 Jun (Mon)
Hari Gawai
Sarawak only
7 Jun (Sat)
Agong's Birthday
National
29 Jun (Sun)
Awal Ramadan *
Johor, Kedah & Malacca only
7 Jul (Mon)
Georgetown World Heritage City Day
Penang only
12 Jul (Sat)
Penang Governor's Birthday
Penang only
15 Jul (Tue)
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
28 Jul (Mon)
Hari Raya Puasa *
National
29 Jul (Tue)
Hari Raya Puasa *
National
31 Aug (Sun)
National Day
National
13 Sep (Sat)
Sarawak Governor's Birthday
Sarawak only
16 Sep (Tue)
Malaysia Day
National
4 Oct (Sat)
Sabah Governor's Birthday
Sabah only
5 Oct (Sun)
Hari Raya Haji *
National
6 Oct (Mon)
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
11 Oct (Sat)
Malacca Governor's Birthday
Malacca only
23 Oct (Thu)
Deepavali
National except Sarawak & Labuan
24 Oct (Fri)
Sultan of Pahang's Birthday
Pahang only
25 Oct (Sat)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
National
11 Nov (Tue)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
12 Nov (Wed)
Sultan of Kelantan's Birthday
Kelantan only
22 Nov (Sat)
Sultan of Johor's Birthday
Johor only
29 Nov (Sat)
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Johor only
11 Dec (Thu)
Sultan of Selangor's Birthday
Selangor only
25 Dec (Thu)
Christmas
National

* Subject to change, TBC - To be confirmed
 
© Just Another Story All Rights Reserved