Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Aku Masih Dara | Yana Samsudin Berkemban

on Thursday, December 02, 2010

Nak tengok gambar Yana Samsudin berkemban? Atau nak tengok sendiri live? Hehe.. sebenarnya tiadapun gambar Yana Samsudin berkemban di sini. Kalau berani tengok jenguklah blog Yana sendiri. Kalau nasib baik mungkin boleh jumpa (adakah?)

Sebenarnya cerita berkemban tu cuma dalam Filem Aku Masih Dara. Filem baru lakonan Yana Samsudin, Farid Kamil, Ashraf Muslim dan beberapa pelakon lain yang akan ditayang di pawagam bermula 16 Disember 2010. Tapi sementara tunggu tarikh tu, boleh tengok trailer filem tu (pinjam dari blog Yana).


Balik kepada kes kemban tu.. Yana Samsudin kata dia memang malu sebab terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham.

Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata.

 Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.

"Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi.

"Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu.

Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan.

"Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi.

"Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban.

"Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu.

"Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya.

Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir).

Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010.

Penafian: Ayat di atas tu bukan Yana Samsudin yang bagitau saya sendiri. Yang tu ayat dari mStar Online..

- Apa lagi, jom serbu pawagam 16 Disember nanti.

Nur Kasih the Movie

on Wednesday, September 29, 2010


 Biarpun penghujung cerita serta plot drama bersiri yang diangkat ke layar perak itu ‘disimpan’ sepenuhnya daripada pengetahuan media yang dibawa singgah ke lokasi terakhir filem berkenaan, terkeluar juga babak kemalangan kereta api sekali gus memberikan petanda wujudnya unsur tragedi.

Seperti yang dijelaskan Kabir, siapa terbabit, apa puncanya dan kesan kemalangan itu, ia hanya dapat didedahkan ketika tayangan perdana filem Nur Kasih sekitar awal tahun depan kerana tidak mahu mengganggu tumpuan khalayak yang mengikuti siri berkenaan.

“Apabila diangkat ke layar perak, sudah pasti tinggi harapan ramai untuk melihat perkembangan watak dan perwatakan setiap teraju utama apatah lagi latar masa kisah ini menjurus terhadap kehidupan mereka kira-kira selepas lapan tahun Adam dan Nur Amina disatukan.

“Melihat kepada pembawaan Remy Ishak sebagai Adam dan Tiz Zaqyah selaku Nur Amina serta tunjang utama lain yang cukup menghayati watak mereka, saya yakin Nur Kasih penuh dengan kesyahduan,” katanya ketika sesi soal jawab selepas pasukannya berehat seketika sebelum menyambung babak akhir.

Melihat kepada ketekunan Kabir memberi arahan hingga babak Adam menaiki tangga kediaman ibunya di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, terpaksa diulang sebanyak lima kali, dapat dinilai sejauh mana ketelitian sutradara ini dalam menggarap keseluruhan kisah nukilan isterinya sendiri, Mira Mustaffa.
Tanpa menyorokkan identiti abang Adam, Aidil yang bergelar bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia lingkungan lima dan lapan tahun, perhubungan kedua bersaudara itu dikatakan masih dipenuhi cabaran dan rintangan walaupun mereka mempunyai keluarga masing-masing.

“Kali ini kita tampilkan dua kanak-kanak berbakat, Mia Sara Nasuha, 4 tahun sebagai Mariam manakala watak abang, Ilyas dilakonkan Mohd Ilyas Suhaimi, 9 tahun. Penambahan ahli keluarga bermakna berganda cerita yang ingin dikongsi dengan penonton.

“Setiap watak mempunyai pergolakan emosi sendiri namun kali ini watak Nur Amina tidak banyak menangis sebaliknya kita mahu penonton yang mengeluarkan air mata mengikuti setiap permainan perwatakannya. Itulah petanda Nur Kasih ‘menjadi’,” katanya lagi.

Memulakan penggambaran pada 19 Jun, Kabir yang diiringi beberapa tunjang utama filem bernilai RM3 juta itu termasuk Tizz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Liza Othman bergerak ke Jordan pada 25 Jun sebelum menyelesaikan babak terakhir, baru-baru ini.

Ceritanya, mereka tidak berdepan dengan masalah besar sepanjang berada di luar negara cuma perbezaan cara kerja produksi luar dengan orang tempatan selain cuaca kering sedikit sebanyak mengganggu proses kelancaran pembikinan.

“Kami mengambil beberapa tenaga kerja warga negara itu sepanjang sembilan hari penggambaran, mungkin timbul sedikit masalah disebabkan bahasa tetapi ia dapat diselesaikan namun cuaca panas menyebabkan ada dikalangan krew dan pelakon kurang sihat.

“Apa pun, dengan kerja tanpa mengira masa asalkan shot yang dikehendaki diperoleh, kami berjaya merealisasikan babak yang diingini. Mudah bekerja dengan mereka yang komited. Cuma yang paling kami takuti adalah ribut pasir selama tiga jam hingga semua terpaksa berkurung di dalam kereta,” luahnya lagi.

Mengharap yang terbaik disajikan kepada khalayak tatkala drama bersiri Nur Kasih pernah menjadi fenomena dengan mencecah perhatian 4.3 penonton sekali gus membuatkan pengikut siri ini gusar sekiranya ketinggalan, Kabir turut berdebar menanti tayangan filem ini yang dijangka awal tahun depan.

OST Magika Penyembuh Rindu - Mawi feat Diana Danielle

on Tuesday, September 21, 2010

Lagu Penyembuh rindu nyanyian Mawi dan Diana Danielle adalah salah satu OST untuk Filem Magika terbitan KRU Studios yang akan ditayangkan di pawagam pada 23 September nanti. Saya memang minat lagu Penyembuh rindu ni. Kena dengan jiwa. Jadi saya kongsikan di sini klip video dan juga lirik lagu berkenaan.


OST Magika - Penyembuh Rindu




Lirik Lagi Penyembuh Rindu
Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri di sisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Klip adalah Hak Milik Krustudios.

Nur Kasih Difilemkan

on Saturday, July 24, 2010


Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.

Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.

“Kepetahan anak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan air mata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Sementara itu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai persamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yang meruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”

Seperti yang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filem itu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebih menarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip.

Filem ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun hadapan.


Menceritakan tentang filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Jordan seperti Amman, Wadi Ram dan Petra itu, Kabir akui cabaran yang dilalui begitu getir dan sukar dijangka.

Krew produksi Filmscape serta para pelakon perlu mengharungi ribut pasir di Jordan sehingga ramai yang jatuh sakit. Namun segala-galanya selesai setelah mengambil masa selama 11 hari bermula 25 Jun lalu.

“Ketika ribut pasir, kamera bergoyang sehingga kami terpaksa mengambil masa selama tiga jam untuk menjayakan satu pengambaran itu,” ceritanya.

Selain itu, saat yang mencabar berlaku sewaktu proses penggambaran babak kemalangan keretapi melibatkan Adam dan Nur Amina di Jordan.

Biar apa pun halangan yang ditempuhi, Pengarah Urusan Filem & Drama, Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berharap semua penonton akan datang ke pawagam.

“Saya nak filem ini menjadi setaraf dengan cerita Romeo dan Juliet serta Laila Majnun,” kata Ahmad Puad.

Filem yang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Ayu Raudhah, pelakon baru Munif, Sara Ali serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha Mohd Ridhwan dan Mohd Ilyas Suhaimi itu juga mendapat kerjasama syarikat Juita Viden. (Sumber: mStar)

Iron Man 2 Trailer (Official)

on Monday, March 15, 2010

Mesti dah ramai tahu kehadiran filem Iron Man 2, sambungan daripada Iron Man. Dibintangi oleh Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Mickey Rourke, Gwyneth Paltrow, Samuel L. Jackson dan lain-lain itu dikatakan lebih hebat daripada sebelumnya. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan filem ini yang dijadualkan akan ditayangkan pada bulan Mei 2010 nanti.

Saksikan klip video 'trailer' Iron Man 2.


Klip ini hak milik Marvell.
 
© Just Another Story All Rights Reserved