Showing posts with label Diari/Memori. Show all posts
Showing posts with label Diari/Memori. Show all posts

Google: 170th Birthday of Pyotr Ilyich Tchaikovsky

on Friday, May 07, 2010

Pada hari ini sekali lagi laman utama Google memaparkan logo yang berbeza daripada kebiasaannya. Kali ini logo yang bertemakan 170th Birthday of Pyotr Ilyich Tchaikovsky - Doodle produced with San Francisco Ballet itu disediakan khusus untuk memperingati ulang tahun ke-170 Pyotr Ilyich Tchaikovsky, bekas seorang komposer Rusia yang sangat terkenal.


Pyotr Ilyich Tchaikovsky, (May 7, 1840  – November 6, 1893), was a Russian composer  of the Romantic era. Tchaikovsky wrote across a range of genres, including symphony, opera, ballet, instrumental, chamber  and song. He wrote some of the most popular concert and theatrical music in the current classical repertoire, including the ballets Swan Lake, The Sleeping Beauty and The Nutcracker, as well as the 1812 Overture, his First Piano Concerto, his last three numbered symphonies, and the opera Eugene Onegin.

Maklumat lanjut berkenaan Pyotr Ilyich Tchaikovsky, boleh didapati di sini.

Majlis Bercukur Rambut

on Friday, January 29, 2010

Majlis bercukur rambut (jambul) memang sudah jadi adat resam orang-orang Melayu sejak dahulu. Dalam keluargapun, majlis ini sudah biasa dilaksanakan mengikut tradisi setempat.

Hari tu sempat mengadakan majlis bercukur rambut untuk anak bungsu. Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan saja, namun bagi aku, ia memberikan maknanya yang tersendiri. Apa yang penting dalam melaksanakan majlis ni, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga.

Diandangan

on Wednesday, December 30, 2009



Pernah dengar perkataan DIANDANGAN? Tahu makna perkataan ni? Kalau ni 1st time korang dengar perkataan ni, jom baca, kejap lagi nak ceritakan...

Sebelum tu, aku nak maklumkan yang ni mungkin artikel penutup untuk tahun 2009 di blog ni. Tak sedar tahun 2009 dah nak berakhir. Aku akui banyak juga kenangan sepanjang Tahun 2009. Tahun ni lah aku mula aktif berblog guna blogspot ni. Start bulan Jun lepas.

Berbalik kepada kisah diandangan tadi. Akupun sebenarnya tak tahu sangat pasal definisi khusus diandangan (dian dangan) ni. Tak pasti juga sama ada di Malaysia istilah ni diterima pakai atau tidak...aku tak sempat buat rujukan lagi... Tapi kalau tak silap istilah diandangan ni banyak digunapakai dalam Sastera Melayu Brunei. Berdasarkan kefahaman aku diandangan maksudnya lebih kurang macam koleksi cerita-cerita sastera/seajrah rakyat... atau lebih tepat lagi Hikayat (Mohon kalau ada pembaca yang lebih faham maksud diandangan, harap dapat beri komen supaya aku dapat betulkan pemahaman aku).
 
© Just Another Story All Rights Reserved