on Friday, May 28, 2010

Nampaknya kes penderaan kanak-kanak seperti tiada kesudahannya. Ni satu lagi berita berkenaan kes tu.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, dipercayai didera oleh pengasuhnya, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, berkata bayi malang itu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak Rabu lalu dan disahkan meninggal dunia pada 2.45 petang.

"Bayi lelaki itu dibawa ke HKL pada Rabu lalu selepas pengasuhnya mendapati bayi terbabit tidak bernafas, sebelum menghubungi ibu bapa bayi berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalaman di bahagian abdomen.

"Ibu bayi terbabit telah membuat laporan polis petang semalam dan kini kita masih menunggu laporan bedah siasatan berhubung punca sebenar kematian bayi berkenaan," katanya.

Zulkarnain berkata, polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa serta pengasuh bayi itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Ranking: 5

{ 0 Respon... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Just Another Story All Rights Reserved