Pendekatan Moral Kognitif merupakan salah satu pendekatan yang banyak memperkatakan tentang isu-isu moral di kalangan pelajar. Salah satu daripadanya adalah perbuatan vandalisme. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa antara punca pelajar terlibat dalam perbuatan vandalisme ini adalah disebabkan kelemahan yang wujud dalam perkembangan teori ini. Pandangan ini mungkin ada betulnya kerana, sikap atau tingkah laku seseorang amat berkait rapat dengan perkembangan kognitif mereka sendiri.
Jadi bagi membuktikan pandangan ini, berikut dikemukakan beberapa faktor yang mungkin berkait rapat dengan pendekatan perkembangan moral kognitif dan perlakuan-perlakuan vandalisme yang dilakukan oleh golongan pelajar. Penjelasan-penjelasan berikut akan cuba mengaitkan faktor tersebut dengan perkembangan moral kognitif mereka yang terlibat. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah:
- Pengaruh rakan sebaya
- Ibu Bapa dan Keluarga
- Kurangnya didikan agama dan moral
- Mental yang tidak stabil
1. Pengaruh Rakan Sebaya
Punca utama berlakukan vandalisme di sekolah adalah pengaruh rakan sebaya. Menurut perspektif moral kognitif, rakan sebaya adalah antara komponen penting yang mempengaruhi penaakulan moral seseorang. Pengaruh tersebut dapat dilihat melalui interaksi di antara satu individu dengan individu lain. Ini kerap berlaku terutamanya ketiak proses perkembangan moral kognitif sedang berlaku. Pelajar-pelajar biasanya mudah terpengaruh oleh rakan sehingga menyebabkan mereka turut meniru perbuatan tersebut. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku mereka. Misalnya dalam pergaulan seharian, mungkin terdapat individu yang melihat sesorang individu lain melakukan perbuatan vandalisme.
Jika individu yang melihat itu gagal mempersepsikan sesuatu perlakuan itu dengan cara yang betul disebabkan perkembangan kognitif yang tidak selari dengan perkembangan usia, maka individu itu akan menerima perlakuan vandalisme sebagai tidak salah. Maka mulalah mereka mengikuti perlakuan rakan-rakan mereka. Misalnya semasa waktu rehat atau ketiadaan guru di kelas, mereka ini sering duduk dalam kumpulan. Apabila terdapat salah seorang daripada kumpulan tersebut melakukan vandalisme, seperti menconteng meja, kerusi dan sebagainya, maka ahli kumpulan yang lain juga akan meniru perbuatan rakan mereka itu.
2. Ibu Bapa dan Keluarga
Vandalisme turut berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri. Misalnya ibu bapa yang autokratik jarang memberikan anak-anak mereka peluang untuk berfikir secara rasional. Sikap toleransi dengan anak-anak jarang ditunjukkan dan mendesak anak-anak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Keadaan ini boleh menyebabkan anak-anak gagal membina perkembangan moral kognitif yang sihat. Mereka tidak lagi dapat membezakan mana yang patut dan tidak patut dilakukan kerana semasa berada di rumah, perlakuan mereka sering dikawal sehingga menyebabkan mereka tidak boleh membuat keputusan atau pertimbangan sendiri. Akibatnya, anak-anak khususnya yang bergelak pelajar akan cenderung untuk melempiaskan kemarahan mereka terhadap ibu bapa dengan cara yang tidak sihat seperti melakukan perbuatan vandalisme semasa mereka berada di sekolah.
3. Kurangnya didikan agama dan moral
Vandalisme di sekolah juga adalah berpunca daripada kurangnya pendidikan moral dan agama semasa di rumah. Ibu bapa mungkin terlalu sibuk bekerja atau sudah menjadi sikap mereka tidak mengambil berat hal-hal keluarga. Hal ini telah menyebabkan anak mereka tidak mengetahui nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh seseorang individu. Mereka tidak memahami kepentingan berbuat baik serta mungkin berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan betul salah sesuatu perbuatan. Akibat daripada itu, maka para pelajar sering terjerumus dengan perlakuan-perlakuan yang negatif semasa berada di luar rumah.
4. Mental yang tidak stabil
Pendekatan moral kognitif menyatakan bahawa keadaan mental seseorang mempengaruhi tindak tanduk mereka. Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal mental mereka dengan baik. Mereka mudah dipengaruhi sehingga mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika serta melanggar undang-undang. Hal ini turut diakui oleh Steinberg. Beliau menyatakan bahawa seseorang pada usia remajanya sering kali melakukan tindakan yang bertentangan kerana pada masa itu mereka masih belum mampu mengawal mental atau kognitif mereka. Keadaan ini adalah mungkin disebabkan perkembangan kognitif seseorang tidak selari dengan perkembangan usia mereka. Sebagai contoh, ada pelajar yang usianya mungkin masih muda, tetapi mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Terdapat juga pelajar yang usia telah meningkat, tetapi perkembangan kognitifnya terlalu perlahan. Jadi keadaan ini boleh menimbulkan konflik dalam diri seseorang yang akhirnya mendorong mereka melakukan sesuatu perkara yang melanggar nilai-nilai moral.
{ 1 Respon... read them below or add one }
thk arh=] nice esei
2/07/2011 4:10 PM
Post a Comment