Showing posts with label Keputusan Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Keputusan Pilihanraya. Show all posts

Keputusan Pilihan Raya DUN Merlimau & DUN Kerdau

on Sunday, March 06, 2011

Keputusan Pilihanraya Kecil bagi DUN N27 Merlimau dan DUN N28 Kerdau yang diadakan serentak hari ini bakal diketahui sekitar jam 8.00 malam nanti.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah manakala Pilihanraya kecil DUN Kerdau juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim. Kedua-dua pilihanraya kecil kali ini diadakan berikutan kematian penyandang sebelumnya. Pengundian di kedua-dua tempat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang hari ini.

Keputusan penuh bagi kedua-dua DUN pilihanraya boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Merlimau dan Keputusan Pilihan Raya DUN Kerdau.

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau

on Saturday, January 29, 2011

Selain daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari 2011 (Ahad) ini, pilihan raya kecil DUN (N27) Merlimau di Melaka juga turut diadakan. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN berkenaan setelah penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada 19 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pilihan raya ialah pada 6 Mac, manakala tarikh penamaan calon pada 26 Februari.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Pilihan Raya Kecil N.05 DUN Tenang

on Friday, December 24, 2010

30 Januari 2011 sekali lagi bakal berlangsung pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Manakala hari penamaan calon pula akan diadakan pada 22 Januari.

Pilihan raya kecil DUN Tenang  diadakan berikutan kekosongan kosong  kerusi DUN berkenaan ekoran Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha, meninggal dunia pada 17 Disember lepas.

Pilihan raya kecil ini pada saya memang penting kerana  keputusan pilihanraya ini akan dapat memberikan sedikit gambaran atau maklumat kepada penganalisis dan pemerhati politik tanahair. Daripada keputusan ini kita sekurang-kurangnya dapat mengagak trend pengundian pada masa ini dan mungkin berguna untuk analisis atau membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
 
© Just Another Story All Rights Reserved