Showing posts with label Browser. Show all posts
Showing posts with label Browser. Show all posts

Ceriakan Laman Depan Web Google dengan Wallpaper Menarik

on Saturday, June 05, 2010

Kali ini saya nak kongsikan satu lagi feature yang terdapat pada Google, iaitu kemudahan pengguna untuk menukar latar (background) laman google.

Berikut adalah langkah mudah untuk menukar latar yang dimaksudkan.

1. Buka laman web Google (pastikan anda buka laman web google.com dan bukannya google.com.my
2. Sign in dengan menggunakan akauan Google sedia ada.
3. Klik pada Change Background Image di bahagian kiri bawah laman google.
4. Pilih gambar yang dikehendaki, kemudian klik butang select. Anda juga boleh menggunakan gambar kita yang terdapat pada picasa album. Untuk membuang atau menukar latar, ikut semula langkah 2 di atas.


5. Latar laman hadapan web Google akan bertukar mengikut pilihan yang telah dibuat.

Paparan google tanpa background

Paparan Google dengan background



Paparan ini hanya kelihatan setiap kali anda sign ini atau log masuk dengan menggunakan akaun gmail. vagaimanapun sekurang-kurangnya ini akan dapat mengelakkan kebosanan kita menghadap laman web google semasa mencari maklumat yang dikehendaki.

Google: PAC-MAN's 30th Birthday

on Saturday, May 22, 2010

Hari ini tema Google berubah lagi dengan memaparkan PAC-MAN's 30th Birthday, Doodle with Pac-Man. Agak menarik paparan pada kali ini kerana penggua dapat bermain permainan itu di halaman utama Google.
Saya teringat awal tahun 90-an dulu, ketika mula mengenali komputer, Pac-Man adalah antara permainan yang popular dan pernah saya mainkan. Sekarang ni sudah ada versi 3D Pac-Man dan jauh berbeza dengan dahulu.



Google Pi Day

on Sunday, March 14, 2010


Menghadap Google memang sudah menjadi rutin setiap kali surf internet. Sebabnya saya memang banyak bergantung pada enjin carian ni untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini atau yang lama.

Memandangkan memang dah selalu menghadap Google ni, saya tentunya perasan jika ada sesuatu perubahan yang berlaku... dan malam tadi apa yang lain sedikit pada laman utama Google adalah bertemakan Pi Day. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Pi Day, bolehlah klik pada imej di atas.

Firefox Lebih Menarik dengan Personas

on Thursday, February 18, 2010


Tidak dapat dinafikan pada masa sekarang lebih ramai pengguna gemar menggunakan browser Mozilla Firefox. Mungkin kerana browser ini lebih comfortable dengan banyak aplikasi web berbanding yang lain. Justeru semakin ramai pula developer yang membangunkan Add-ons untuk browser ni. Salah satu daripadanya adalah themes skin.
 
© Just Another Story All Rights Reserved